|
Pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof akan meneliti dulu senarai pahlawan-pahlawan tanah air yang bakal diangkat perjuangan kisah mereka ke layar perak selepas ini.
Syamsul, 38, berkata, kita sedia maklum ada ramai pahlawan Melayu yang berjuang untuk membebaskan tanah air daripada penjajah British dulu dan untuk mengangkat kisahnya, kita mencari yang terbaik. "Semestinya saya nak hasilkan sebuah lagi filem epik yang memberi kesan, lebih mendalam serta impak kepada penonton juga masyarakat. Jadi, saya harus teliti sebab kita tahu di Malaysia ini ada ramai pahlawan yang berjasa.
"Oleh itu, saya nak tengok yang mana harus kita angkat. Iyalah, semuanya (pahlawan) harus diangkat, tapi saya perlu teliti terlebih dulu yang mana satu yang terbaik. Masih dalam penelitian, masih berfikir dan sedang berfikir yang mana yang terbaik," katanya kepada Harian Metro.
|

ayukpingu replied at 29-7-2022 04:26 PM
pasal dengawan pun ok juga..ermm



matseh replied at 29-7-2022 05:20 PM
Buat filem base on true event pulak mcm Dato Jins cuba buat. Pasir Salak . Selama2 bedekad2 sampai d ...
fadz84 replied at 29-7-2022 07:23 PM
Bestnya kalau ada remake Bukit Kepong.. filem patriotik terbaik bagi I..
mizruncing replied at 29-7-2022 04:13 PM
buat kisah TUN M jelahh
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-2-2026 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.405889 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.