Kulim: Seorang guru lelaki dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kulim, hari ini. Bagaimanapun, kematian guru pendidikan moral sebuah sekolah di Pulau Pinang berusia 54 tahun itu masih menjadi persoalan sama ada dia menjadi mangsa jenayah atau sebaliknya selepas dibawa tiga lelaki ke hospital terbabit jam 9.15 malam, pada Rabu.
Menurut sumber, hasil siasatan awal isteri mangsa membuat laporan berhubung kejadian terbabit selepas tiga lelaki tidak dikenali membawa suaminya pulang dalam keadaan parah ke rumah mereka di Lunas. "Difahamkan, tiga lelaki itu mendakwa mereka terserempak dengan mangsa dalam keadaan parah kononnya akibat kemalangan di Penang Road, Pulau Pinang.
"Melihatkan keadaan mangsa yang tidak sedarkan diri, wanita terbabit meminta tiga lelaki berkenaan menghantar suaminya ke hospital," katanya. Sumber berkata, pemeriksaan lanjut mendapati mangsa patah tengkuk dan dia terpaksa dirawat dengan alat bantuan pernafasan. "Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia jam 10 pagi hari ini dan punca kematiannya hanya akan diketahui selepas bedah siasat dilakukan. "Tiga lelaki yang menghantarnya ke hospital pula terus beredar dan pemeriksaan awal turut mendapati mangsa mengalami kesan lebam di mata dan luka di beberapa bahagian anggota badan," katanya. Sumber berkata, setakat ini polis masih menjejaki tiga lelaki terbabit dan hasil penelitian melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati mangsa ditarik keluar ketika dia berada di sebuah restoran di Pulau Pinang. "Setakat ini, kita masih menjalankan siasatan lanjut sama ada kematiannya akibat perbuatan jenayah atau sebaliknya," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Mohd Redzuan Salleh mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit namun enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan. "Kita masih menunggu laporan bedah siasat terhadap mangsa," katanya ringkas ketika dihubungi melalui kiriman WhatsApp, malam ini. -CARI Sumber: Harian Metro
|
pooh~key replied at 29-7-2022 10:55 AM
Jangan buat hal lah dek bodo oi zaman2 ada cctv ni dekkkk….
ezacbee replied at 29-7-2022 12:02 PM
Camne 3org tu boleh tau umah mangsa? Biasanya kalau berlaku eksiden ke terus hantar ke hospital buka ...
Skuau replied at 29-7-2022 12:56 PM
bini x kenai 3 orng tu...3 orng tu tau rmh cikgu tu.'KECUAIAN' kt sini..bini x minta identiti 3 or ...
dua_chzy replied at 29-7-2022 11:15 AM
(Speku) Dipukul Kerana:
1. Hutang along
kepompong replied at 29-7-2022 05:26 AM
3-3 tuduhan tak bermoral ni ni tak mencerminkan diri sbg guru pendidikan moral. Ada spekuan lain y ...
dua_chzy replied at 29-7-2022 11:15 AM
(Speku) Dipukul Kerana:
1. Hutang along
dua_chzy replied at 29-7-2022 02:08 PM
Ada.
1. Tukang pukul salah orang.
naina replied at 29-7-2022 06:12 AM
Spekuan atas macam tak relevan dengan kerjaya cikgu. Hutang Along macam tak kena je
Iols syak kes ...
ADVERTISEMENT