CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10667|Reply: 111

Kematian Cikgu Di Kedah Cetus Misteri

[Copy link]
Post time 29-7-2022 10:49 AM | Show all posts |Read mode
Kulim: Seorang guru lelaki dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kulim, hari ini.


Bagaimanapun, kematian guru pendidikan moral sebuah sekolah di Pulau Pinang berusia 54 tahun itu masih menjadi persoalan sama ada dia menjadi mangsa jenayah atau sebaliknya selepas dibawa tiga lelaki ke hospital terbabit jam 9.15 malam, pada Rabu.


Menurut sumber, hasil siasatan awal isteri mangsa membuat laporan berhubung kejadian terbabit selepas tiga lelaki tidak dikenali membawa suaminya pulang dalam keadaan parah ke rumah mereka di Lunas.


Gambar Hiasan




"Difahamkan, tiga lelaki itu mendakwa mereka terserempak dengan mangsa dalam keadaan parah kononnya akibat kemalangan di Penang Road, Pulau Pinang.


"Melihatkan keadaan mangsa yang tidak sedarkan diri, wanita terbabit meminta tiga lelaki berkenaan menghantar suaminya ke hospital," katanya.


Sumber berkata, pemeriksaan lanjut mendapati mangsa patah tengkuk dan dia terpaksa dirawat dengan alat bantuan pernafasan.


"Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia jam 10 pagi hari ini dan punca kematiannya hanya akan diketahui selepas bedah siasat dilakukan.


"Tiga lelaki yang menghantarnya ke hospital pula terus beredar dan pemeriksaan awal turut mendapati mangsa mengalami kesan lebam di mata dan luka di beberapa bahagian anggota badan," katanya.


Sumber berkata, setakat ini polis masih menjejaki tiga lelaki terbabit dan hasil penelitian melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati mangsa ditarik keluar ketika dia berada di sebuah restoran di Pulau Pinang.


"Setakat ini, kita masih menjalankan siasatan lanjut sama ada kematiannya akibat perbuatan jenayah atau sebaliknya," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Mohd Redzuan Salleh mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit namun enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.


"Kita masih menunggu laporan bedah siasat terhadap mangsa," katanya ringkas ketika dihubungi melalui kiriman WhatsApp, malam ini. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2022 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan buat hal lah dek bodo oi zaman2 ada cctv ni dekkkk….
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 10:57 AM | Show all posts
Bangsa apakah?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 10:59 AM | Show all posts
pooh~key replied at 29-7-2022 10:55 AM
Jangan buat hal lah dek bodo oi zaman2 ada cctv ni dekkkk….

tu lah
kdg tu dgn x pakai mask nya



Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
(Speku) Dipukul Kerana:

1. Hutang along
2. Skendel dengan bini orang
3. Hutang tak bayar
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau mati sbb kena belasah dek 3 org tu paling kuat kena charge membunuh tanpa niat la kot ek..sbb diorg hntr balik n bawak pi sepital after kawan tu dh lunyai. Konon takde niat nk membunuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2022 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian isteri dia, napa korang tak terus je hantar hospital.
Kenapa mesti nak tunjuk kat isteri keadaan suami mcm tu? Takde isteri yg nak tunggu laki balik dlm keadaan gituh.

Btw tak rasa dia eksiden sbb tiber plak bawak g umah patut terus je call ambulans ke apa.
Nampak sangat kena belasah ko ingat bawak g umah bini dia leh rawat ngn sapu minyak gamat je ke?
Sudahnya dia pun minta korang bawak g sepital jugak sbb dh parah sgt kot sampai tak sedarkan diri.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 12:02 PM | Show all posts
Camne 3org tu boleh tau umah mangsa? Biasanya kalau berlaku eksiden ke terus hantar ke hospital bukan ke rumah mangsa. Banyak tul kes pelik2 sekarang ni, dahler benang sebelah pasal pakcik cendol hilang 3k.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2022 12:51 PM | Show all posts
Tengah malam pun Ketua Polis kena reply whatsapp, kang lambat plak keluar berita nya. Hampa pi pukoi orang sampai meninggal pasaipa?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 29-7-2022 12:57 PM
ezacbee replied at 29-7-2022 12:02 PM
Camne 3org tu boleh tau umah mangsa? Biasanya kalau berlaku eksiden ke terus hantar ke hospital buka ...


bini x kenai 3 orng tu...3 orng tu tau rmh cikgu tu.'KECUAIAN' kt sini..bini x minta identiti 3 orng tu...spital x minta identiti 3 orng tu..paling x spital  tanya la hubungan 3 orng tu ngn arwah cikgu tu...@ orng yg depa antar tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 29-7-2022 12:56 PM
bini x kenai 3 orng tu...3 orng tu tau rmh cikgu tu.'KECUAIAN' kt sini..bini x minta identiti 3 or ...

Kalu citer Korea aku tau dia tanya..  tp kalu citer Melayu dia tanya masa nak tanya apa status pesakit tu .. "incik ni siapa?"
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Klau gini, maksudnya hospital tu x follow SOP ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau accident takkan bawak balik tunjuk kat bini dulu..sah2 la orang awam yg tengok akan call ambulance kan..dan kita tak boleh ya pegang mangsa accident sesuka hati..bau ikan sgt
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
obvious la mmg 3 sekawan tu pukul cikgu tu. ada cctv tunjuk dia tarik dari restoran… nak tunjuk la kat bini, laki dah lunyai… bini mesti takut punya walopon dorang claim accident. don’t pray pray aaa
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 29-7-2022 11:15 AM
(Speku) Dipukul Kerana:

1. Hutang along

3-3 tuduhan tak bermoral ni ni tak mencerminkan diri sbg guru pendidikan moral. Ada spekuan lain yg lebih bermoral???
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 29-7-2022 06:11 AM
kepompong replied at 29-7-2022 05:26 AM
3-3 tuduhan tak bermoral ni ni tak mencerminkan diri sbg guru pendidikan moral. Ada spekuan lain y ...


Ada.

1. Tukang pukul salah orang.
2. Cikgu difitnoh.
3. Ada orang dendam kat cikgu.
4. Tukang pukul suka2 pukul cikgu. Cikgu berada di tempat yang salah pada masa yang salah.

Kerana sebab2 di atas, tukang pukul baik hati sanggup hantar cikgu balik rumah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2022 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 29-7-2022 11:15 AM
(Speku) Dipukul Kerana:

1. Hutang along

Spekuan atas macam tak relevan dengan kerjaya cikgu. Hutang Along macam tak kena je
Iols syak kes dengki atau dendam
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 02:19 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 29-7-2022 02:08 PM
Ada.

1. Tukang pukul salah orang.

aku vote tukang pukul salah org sbb tu dia hntr cikgu tu balik rumah

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 29-7-2022 06:12 AM
Spekuan atas macam tak relevan dengan kerjaya cikgu. Hutang Along macam tak kena je
Iols syak kes  ...

Kelig aiol pernah ja hutang dengan along iya. Sampai along cari heols kat sekolah. Pengetua yang runding along tu, cakap bagus2, jangan datang sekolah jika tidak saya panggil polis sebab kamu sudah menceroboh kawasan sekolah.

Buduh punya kelig. Sukor la now dah bebas along. Seb baik juga along tu tak pi simbah cat ka kacau anak dan ex wife dia.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga pelaku / pembunuh ditangkap dan digantung sampai mati...patah leher org depa kerja kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.061632 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list