CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cikgu Dikecam Jalan Atas Kerusi Elak Baju Basah, Pelajar Disuruh Berendam Dalam Banjir

29-7-2022 10:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3352| Komen: 11

Seorang guru wanita digantung tugas selepas video memaparkan dirinya sedang berjalan di atas kerusi yang disusun oleh pelajar ketika banjir, menjadi tular di media sosial.


Menerusi video tersebut, kelihatan sederet kerusi plastik disusun dari hadapan pintu masuk sehingga hadapan bangunan sekolah, kerana kawasan tersebut ditenggelami banjir sehingga paras betis.



Beberapa orang pelajar lelaki juga dilihat berdiri di dalam kawasan ditenggelami air untuk memegang kerusi plastik agar tidak bergoyang ketika dipijak oleh guru wanita berkenaan.

Sebaik tiba di kawasan yang tidak ditenggelami air, guru tersebut turun dari kerusi dan berjalan seperti biasa.


Dilaporkan kejadian itu berlaku di daerah Mathura, India.

Sebahagian kawasan perkarangan sekolah tersebut ditenggelami air berikutan hujan lebat pada Rabu. - CARI

Sumber: mStar/India.com

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Babai 29-7-2022 10:38 AM
Celaka betina tu. Macam tuan besar
Quote pooh~key 29-7-2022 10:51 AM
Relax sis. Kat india kot sis. Maknanya kat rumah nanti dia kena dera dengan suami pulak sis. Karma’s a bitch segitewww sis.
Quote MoonRise 29-7-2022 11:12 AM
Mana la tau, kot2 anak murid nak berbakti kat guru. Hormat guru cenggitu.
Quote syaz_lina 29-7-2022 11:15 AM
Kat india ke..apa nak heran. Kalau boleh cikgu suruh cium kaki dia
Quote Mary_jane 29-7-2022 12:52 PM
Punyalah kekwat.
Quote cikatilia 29-7-2022 03:56 PM
elok jatuhkan biar lencun 1 badan sampai kepala
Quote MarryPottet 29-7-2022 04:33 PM
Gediknya cekgu
Ingatkan air paras pinggang
Rupanya paras buku lali & betis budak jah
Lagi senang redah air tu dari terkial2 meniti dari kerusi ke kerusi
Buatnya kerusi patah pastu cekgu jatuh hempap budak lagi naya
Quote I.K.A888990 29-7-2022 07:23 PM
pergh ni ala2 puteri ke pe
elok di tarik kerusi tu time dia pijak biar jatuh kebabom
Quote fortiori13 31-7-2022 10:10 PM
Kesian budak2 tu dok jadi kuli susunkan kerusi utk dia...
Quote Carcosa 31-7-2022 10:20 PM
Kekwat nya cikgu ni
Mesti dia fefeling Mumtaz Mahal nak berjalan ke Taj Mahal
Quote jazaa100 31-7-2022 10:44 PM
pooh~key replied at 29-7-2022 10:51 AM
Relax sis. Kat india kot sis. Maknanya kat rumah nanti dia kena dera dengan suami pulak sis. Karma’ ...

Ha ..ha....pjg akal kau...

Klu tak kena dera dgn laki, kena dera dgn mertua.   

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.089464 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top