CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Yakin Wangi, Wanita Tak Mandi 10 Hari Sebab Nak Jimat Air

29-7-2022 10:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1748| Komen: 15

WASHINGTON – Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) yakin bahawa dia tidak menghasilkan bau badan meskipun tidak mandi selama 10 hari, lapor portal berita MailOnline.


Graduan Universiti Negeri Washington, Ayden Jane,  23, mendedahkan perkara tersebut menerusi perkongsian video di laman TikTok yang akhirnya menjadi tular.

Jane berkata, dia  berkongsi video tersebut untuk membuktikan bahawa seseorang tidak perlu mandi untuk kelihatan cantik.


Foto: Mail Online

“Saya adalah bukti hidup bahawa anda tidak perlu kerap mandi untuk kelihatan dan berasa sihat,” katanya dalam rakaman itu yang menyaksikan dia mempamerkan rambut dan badan yang tidak dicuci selama 10 hari.


Video itu mencatatkan lebih tiga juta tontonan, namun mengundang pelbagai komen negatif. 

Malah, Jane turut dikecam netizen yang terkejut dengan pengakuannya dan menggelarnya  sebagai ‘gila.’

Kata wanita itu, dia tidak perlu kerap mandi kerana rambutnya tidak berminyak selepas menggunakan jenama  jenama syampu tertentu.

Jane juga mendedahkan bahawa dia menggunakan deodorant anti-peluh setiap hari untuk kekal segar dan tidak berbau busuk.

“Saya berpendapat lebih baik untuk alam sekitar jika kita kurang mandi kerana air adalah sumber yang berharga.

“Melainkan jika anda melakukan kerja buruh dan banyak berpeluh, anda mungkin perlu mandi setiap hari,” tambahnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _blackbird 29-7-2022 10:29 AM
Yg penting konpiden
Quote bulalof 29-7-2022 10:29 AM
jijikzszsz......
Quote KamikuP 29-7-2022 11:00 AM
Yakinnya kamu
Quote green~tea 29-7-2022 11:03 AM
Tengok gamba tanpa baca berita pun nampak busuk huhuhuhuhuhuhu
Quote matchstick 29-7-2022 11:06 AM
Bau hanyir sampai sini dekk
Quote Mooverine 29-7-2022 02:18 PM
eee nini dia tu, dia ada cuci tak. or lap2 ja pakai tisu.. eeee
Quote Supersirap 29-7-2022 02:22 PM
Janganlah membuka aib sendiri
Quote Perawankota 29-7-2022 04:39 PM
Kalau winter aku Percayalah klaua org jarang mandi.. Tapi klu dah start musim panas ko tak mandi, aku x tau lah apa jadi.. Tapi aku ada kawan perempuan yang spesis x der bulu Ketiak, n Ketiak dia x berbau. Tapi klu dia Berpeluh2, still ada bau peluh badan.
Quote Decaffeinated 29-7-2022 05:26 PM
aku percaya ja memang ada orang yang tak mengeluarkan bau apa lagi kalau cuma berkuntum dalam rumah ja.

Washington tu sempadan Canada dah tentu lah sejuk beku esp in winter.

Quote sharlenetexas 29-7-2022 05:33 PM
Masa summer kalau tak mandi mmg busuk kepamlah. Tambah2 pulak gelombang haba, tak sakit kepala ke?


Quote I.K.A888990 29-7-2022 06:59 PM
janji kau jgn bagi org cium dah
asalkan hang bahagia
Quote any42 30-7-2022 02:09 AM
konfidennnnn. ye keh xbau ntah2 ade msalah hdung. 10 hri xmndi nyamuk lalu pun mati agknya
Quote cashewnut 31-7-2022 09:40 PM
Terngiang bau BO foreigner masa meeting sampai lekat kat bilik aku. Terpaksa bukak tingkap m tutup aircon. Seminggu nak bagi elok udara balik. Mau muntah.
Quote imanjannah 31-7-2022 09:44 PM
dah la berak x basuh.. ni x mandi pulak.. macem macem

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.043877 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top