NEW DELHI – Gara-gara mengesyaki isteri bermain kayu tiga, seorang warga emas di India memenggal kepala wanita berkenaan sebelum membawanya ke balai polis untuk menyerah diri, lapor laman berita Banten Raya.
Dalam kejadian pada 14 Julai lalu, lelaki dikenali sebagai Nakaphodi Majhi, 55, dari Dhenkanal, dalam negeri Odisha itu dilaporkan bertengkar dengan isterinya, kira-kira pukul 3.30 pagi (waktu tempatan). Disebabkan berang dan menuduh mangsa berlaku curang terhadapnya, Nakaphodi mengambil sebilah parang lalu memenggal kepala isterinya.
Pada keesokan paginya, dia dikatakan berjalan menuju ke balai polis Gondia untuk menyerah diri sambil memegang kepala mangsa. Penduduk kampung yang gempar melihat perbuatan Nakaphodi bertindak menangkap lelaki itu sebelum menyerahkannya kepada polis. Polis membuka kertas siasatan kes tersebut. Hasil pemeriksaan awal, polis menemui sebilah senjata tajam berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan tersebut. -CARI Sumber: Kosmo
|
vanillaninja: Kaum perempuan dekat sana mema ...
vanillaninja replied at 29-7-2022 10:38 AM
Kaum perempuan dekat sana memang takde value ke macam mana.
vanillaninja replied at 29-7-2022 10:38 AM
Kaum perempuan dekat sana memang takde value ke macam mana.
ADVERTISEMENT