Aktivis politik dan artis satira, Fahmi Reza bukan sahaja menolak pelawaan Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk bertemu empat mata.
Malah, dia dilihat kurang beradab ketika berkomunikasi dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu. Pelawaan itu berikutan satu grafik yang dimuat naik Fahmi menunjukkan perbezaan antara TMJ dengan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dalam menerima satira politik. Fahmi dalam alasannya menyatakan keengganannya untuk bertemu kumpulan elit politik atau pun mereka yang datang dari kelas pemerintah. Ia kerana dia enggan dilihat sebagai seorang yang bias atau rapat dengan mana-mana pihak, jelasnya. Tangkap layar perbualan mereka mencetuskan pelbagai reaksi pelayar Twitter. Masing-masing ada penyokong sendiri. Walaupun Fahmi dipuji berani menolak pelawaan TMJ, segelintir warganet menyelar kebiadabannya menggunakan 'kamu' bagi merujuk kata ganti nama kerabat. Sementara itu, Marina Ibrahim mendakwa semua yang bertemu dengan TMJ pulang dalam keadaan selamat, malah masih mampu memberi kritikan terhadap baginda. Anda mahu melihat Fahmi bertemu TMJ atau tidak? - CARI
|
tumpanglalu74 replied at 28-7-2022 11:29 PM
Eh, menggediknye mintak Marina yang cunz tu jadi admin. Bini tak marah ke??
Orenn1: Elok dah tu, jap lg topui cuba ...
kakigebang replied at 29-7-2022 08:02 AM
bagusla dia berprinsip dan taknak bias to mana2 pihak, cume aku rasa kalau dia dpt menunjukkan horm ...
ADVERTISEMENT