CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk Rayu Kerajaan Buka Semula Lesen Mendulang Emas

28-7-2022 10:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1235| Komen: 4

Description: Penduduk merayu kerajaan negeri mengeluarkan semula lesen mendulang emas bagi memberi peluang kepada masyarakat setempat mencari bahan logam itu di Lubuk Mandi, Rusila, Marang.
Penduduk merayu kerajaan negeri mengeluarkan semula lesen mendulang emas bagi memberi peluang kepada masyarakat setempat mencari bahan logam itu di Lubuk Mandi, Rusila, Marang.


Mereka juga bersedia mematuhi syarat-syarat lesen tersebut ketika melakukan aktiviti mendulang emas selepas ini.


Aktiviti mendulang emas masih dijalankan oleh penduduk di Lubuk Mandi, Rusila, Marang, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI

Seorang penduduk yang mahu dikenali Rashid, 48, berkata, kerajaan sepatutnya memberi peluang kepada penduduk mencari rezeki dengan mencari emas di kawasan tersebut.

Katanya, menerusi pekerjaan itu, penduduk setempat dapat meraih pendapatan dengan menjalankan aktiviti tersebut acara sepenuh masa atau sambilan.

“Kerajaan patut membuka semula lesen mendulang emas untuk membolehkan penduduk mencari emas selepas terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Jabatan Tanah dan Galian (PTG) Terengganu memberi amaran tindakan tegas akan diambil ke atas individu yang berdegil melakukan aktiviti mendulang emas secara haram di Lubuk Mandi, Rusila, Marang dekat sini.

Timbalan Pengarah (Pembangunan) PTG Terengganu, Adnan Abdullah berkata, tindakan tersebut akan diambil ke atas individu terlibat kerana aktiviti mendulang emas di kawasan itu tidak dibenarkan oleh kerajaan sejak 1990.

Sementara itu, seorang pendulang emas yang mahu dikenali Ahmad, 45, berkata, dia mengharapkan kerajaan negeri melalui PTG Terengganu dapat mengeluarkan lesen mendulang untuk membolehkan kerja-kerja tersebut dilakukan tanpa merasa takut ditahan dan didenda.

Tambahnya, sebelum ini dia mendulang emas di Lubuk Mandi secara sepenuh masa untuk menyara keluarga.

“Saya percaya lebih ramai penduduk setempat akan melakukan aktiviti mendulang sekiranya lesen tersebut dikeluarkan semula kerajaan negeri,” ujarnya.

Seorang lagi pendulang emas, Alias, 50, berkata, kerajaan perlu mempertimbangkan
semula pengeluaran lesen mendulang emas memandangkan pekerjaan tersebut dapat membantu penduduk tempatan menambah pendapatan.

“Saya sebelum ini terpaksa menghentikan aktiviti mendulang emas sekiranya mendapati anggota penguat kuasa PTG Terengganu melakukan rondaan di kawasan itu,” katanya.

Menurutnya, dia juga mencadangkan kerajaan menetapkan kawasan di tanah milik kerajaan di kawasan itu untuk kemudahan mereka yang memiliki lesen tersebut melakukan kerja-kerja mendulang emas. 


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kay781 29-7-2022 02:24 AM
Kenapa diorang tak nak bagi mendulang?
Quote gigahertz 29-7-2022 02:51 AM
kay781: Kenapa diorang tak nak bagi mendulang?

kalau individu kerajaan rugi bagi kebenaran cuba syarikat besar kilang besar kata nak mendulang
Quote MissyMolly 29-7-2022 07:17 AM
Kesian nyer rezeki rakyat marhain disekat2 sebegitu... kalau pendulang tu kaya raya itu laen critahhhh
Quote naina 29-7-2022 09:41 AM
Aktiviti cmni kalau dibuka akan terjejas kawasan tu..better cmni la nak buat2. Takyah mohon lesen. Kerajaan pun biar jelah. At least boleh kawal kalau buat cmni. Kalau buat terbuka karang ramai2 mendulang secara besar2 an lama2 tanah kat situ jadi fragile

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:09 PM GMT+8 , Processed in 0.091536 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top