Tak dinafikan, menggalas tanggungjawab sebagai seorang pelajar bukanlah satu perkara yang mudah lebih-lebih lagi apabila perlu menyiapkan satu-satu tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Itulah yang dilalui seorang pelajar dari Indonesia ini apabila dia dipercayai berdepan masalah untuk menyiapkan tesisnya.
Tular sebuah video mengenai seorang penuntut dari Indonesia dipercayai tertekan dengan masalah untuk menyiapkan tesisnya. Video dikongsikan pengguna TikTok userrrr_123456y (mamduh_ramdani) memaparkan seorang pemuda dalam keadaan tertekan sedang duduk di ruangan sebuah rumah. Dalam keterangan video pendek berkenaan, pemuda ini memaklumkan itu adalah situasi dialaminya di mana dia mengamuk sehingga terpaksa diikat.
Menurut sumber, ia dipercayai berpunca akibat tekanan dan stres melampau dialaminya sebagai penuntut institusi pengajian tinggi untuk menyiapkan tesis dalam tempoh diberikan. Memetik laporan Suara.com, pemuda berkenaan dipercayai mengalami masalah jiwa atau Anxiety Disorder. Bagaimanapun, dia dilaporkan sudah lulus pengajiannya. Difahamkan, dia kini sedang mendapatkan rawatan dan berada dalam fasa pemulihan. Sementara itu, menerusi video lain, pemuda ini turut berkongsi pengalaman dan situasi dilaluinya sepanjang proses penyembuhan. TikTok Rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat pemuda ini supaya terus kuat dalam mengharungi dugaan hidup. Sumber: OhBulan
|
mclaren replied at 28-7-2022 09:28 PM
Academics ni bukan sesuai untuk semua orang.
Kalau rasa tertekan dek sebab tuntutan pengajian, mayb ...
ADVERTISEMENT