CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Keluarga Bertumbuk Sampai Ada Masuk Hospital Gara-gara Potong Barisan Di Disney World

28-7-2022 08:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2022| Komen: 12

Sebuah keluarga cuba menghalang seorang wanita daripada memotong barisan ketika bercuti di Disney World di Florida mencetuskan pergaduhan besar.

Insiden tular itu menyebabkan penangkapan, kecederaan sehingga dibawa ke hospital dan larangan seumur hidup untuk memasuki taman tema terkemuka tersebut.



Lapor Daily Mail, rakaman video menunjukkan pergaduhan 10 individu yang mengamuk turut menyaksikan aksi tumbukan dan jeritan kata-kata cacian antara dua keluarga ketika berdiri dalam barisan panjang untuk menonton persembahan Mickey’s PhilharMagic di taman tema kanak-kanak itu.

Memetik laporan WDWNT, ketika kejadian, seorang wanita keluar daripada barisan untuk mengambil telefon bimbitnya yang tertinggal di dalam skuter dan apabila dia kembali, sebuah keluarga lain yang sedang berbaris menghalangnya lalu menolak individu berkenaan.





Menurut saksi, keluarga wanita itu dilarang bercuti di Disney World untuk seumur hidup manakala dua individu daripada keluarga lain pula ditahan.

Beberapa individu yang terlibat dalam insiden pergaduhan itu mengalami luka dan lebam manakala seorang lagi dikejarkan ke hospital akibat cedera di bahagian dagu.

Rakaman awal insiden pergaduhan itu tersebar di media sosial pada minggu lalu.



Malah, satu lagi video baharu menunjukkan dua ahli pelakon Disney dan beberapa pengunjung cuba meleraikan pergaduhan antara dua keluarga itu.

Beberapa laporan media turut mendakwa salah sebuah keluarga mencuri atau merosakkan barangan peribadi milik pihak lawan seperti telefon bimbit dan pakaian jenama mereka.

Bagaimanapun, perkara itu tidak dapat dipastikan.

Satu lagi klip video pendek menunjukkan keadaan huru-hara sehingga sampah dan pakaian bertaburan merata-rata di kawasan itu ketika pengunjung cuba melindungi anak-anak mereka daripada kekacauan.



Pasukan polis, bomba dan paramedik dipanggil ke tempat kejadian untuk membantu meredakan situasi dan merawat kecederaan yang dialami pengunjung.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mesmerize 28-7-2022 08:29 PM
ingatkan warga PRC je suka potong2 queue ni
Quote esbok 28-7-2022 09:29 PM
Unbelievable siiiiights~~ Indescribable feelinggggg~~. Soaring, tumbling, freewheeling.


a whole new worldd
Quote Carcosa 28-7-2022 09:45 PM
Getto Badan berbuntal2 semua Kalau bergado, planet sebelah pon boleh dengar
Dok "Stahhhp, staahhhhp" Geli
Quote nikaido 28-7-2022 09:48 PM
Puak mentaliti B40 made in florida
Quote faraway1 28-7-2022 10:31 PM
Kenapa tak ambil aje track fast camtu nama dia.. So boleh datang balik sekian time dari beratur menunggu
Quote alesandra 28-7-2022 10:45 PM
it's a small world after all.....
Quote lasagnaklcc 28-7-2022 10:52 PM
Ingatkan kat disneyland hong kong atau shanghai je berlaku
Quote she 28-7-2022 10:55 PM
Beli lah tiket VIP
Fast track fast lane
Terus dapat masuk
Dah reramai gundu gitu
Rombongan menyusahkan orang
Depa saja dah 20 ketoi
Quote KamikuP 29-7-2022 09:56 AM
Negro kah?
Quote fortiori13 31-7-2022 10:16 PM
Wat malu kat bebudak je, memasing dah tua bangka....
Quote akusukaq 1-8-2022 08:00 AM
lasagnaklcc replied at 28-7-2022 10:52 PM
Ingatkan kat disneyland hong kong atau shanghai je berlaku

Kat HK dan Shanghai Disneyland nampak ok je prc tu. Aku dah mentally ready bila bercampur dgn puak ni.Tp ok plk depa elok ikut giliran dan tak buat bising. Mungkin depa ni yg dah biasa travel negara orang perangai tak buruk sgt.
Quote boo05 24-11-2024 09:52 AM
Do you want me to?

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.061654 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top