Myra Natasya menyifatkan dirinya bertuah kerana berkebolehan menguasai bahasa Mandarin dengan baik sekali gus menjadi kelebihan dalam bidang yang diceburinya.
Myra, 27, berkata, dia mempelajari bahasa Mandarin sejak di tadika dan seterusnya di tahun satu hingga enam. "Dengan apa yang ada, saya bergelar jurulatih sukan sorak yang agak asing dalam kalangan orang Melayu yang diceburi sejak lapan tahun lalu. "Saya mengajar sukan sorak pun dalam bahasa Mandarin. Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya mengajar kelas 'online' untuk pelajar-pelajar Melayu bertutur dalam Mandarin sebagai bahasa orientasi kedua. "Saya juga buat Didik TV secara langsung dalam bahasa Mandarin. Masa uji bakat, mereka tanya apa kebolehan saya dan saya cakap saya boleh buat 'live show' dalam Mandarin," katanya kepada Harian Metro.
|
fadz84 replied at 28-7-2022 03:45 PM
Ni anak HO kan?
cheezel replied at 28-7-2022 08:31 PM
Dalam drama xcantik cm dlm gambar. Nampak plain je.
edoraixora replied at 28-7-2022 09:39 AM
kuat betul gen HO
hotmak replied at 30-7-2022 01:22 PM
kecik betul badan dia, tgk yg dok lompat2 tu gayat rasa
ADVERTISEMENT