CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2660|Reply: 17

Myra Natasya Banyak Job, Rezeki Pandai Cakap Mandarin Dari Kecil

[Copy link]
Post time 28-7-2022 03:37 PM | Show all posts |Read mode
Myra Natasya menyifatkan dirinya bertuah kerana berkebolehan menguasai bahasa Mandarin dengan baik sekali gus menjadi kelebihan dalam bidang yang diceburinya.


Myra, 27, berkata, dia mempelajari bahasa Mandarin sejak di tadika dan seterusnya di tahun satu hingga enam.


Foto: IG




"Dengan apa yang ada, saya bergelar jurulatih sukan sorak yang agak asing dalam kalangan orang Melayu yang diceburi sejak lapan tahun lalu.


"Saya mengajar sukan sorak pun dalam bahasa Mandarin. Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya mengajar kelas 'online' untuk pelajar-pelajar Melayu bertutur dalam Mandarin sebagai bahasa orientasi kedua. "Saya juga buat Didik TV secara langsung dalam bahasa Mandarin. Masa uji bakat, mereka tanya apa kebolehan saya dan saya cakap saya boleh buat 'live show' dalam Mandarin," katanya kepada Harian Metro.


  



Menurutnya, kebetulan ketika itu pengacara program itu cuti bersalin selama tiga bulan dan dia menggantikan tempatnya untuk beberapa episod Didik TV live Mandarin.


Myra yang memiliki syarikat sendiri sejak setahun lalu secara berkongsi bersama dua rakan akan membuka studio gimnastik pada Disember ini di Subang Jaya.


Dia bersyukur kerana rezekinya tidak terhadap kepada berlakon dan mengacara saja.


  



"Saya sekarang sibuk menjalani penggambaran drama 24 episod di Awesome TV dan selepas ini ada supertele. Alhamdulillah, bulan ini ada tawaran mengacara, kempen produk dan sebagainya. Rezeki masuk dari pelbagai cabang.




  



"Semuanya berkat doa keluarga saya kerana saya dibesarkan dengan seorang ibu tunggal. Saya anak pertama dan ada empat adik beradik. Saya menggalas tanggungjawab yang besar. Keluarga saya bukan keluarga senang dari kecil kena jaga diri sendiri dan bantu mereka," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2022 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni anak HO kan?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 04:55 PM | Show all posts

putarrrrrrr



Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 04:57 PM | Show all posts
yeke, ke tumpang glemer HO? tp mslahanya HO glemer keeee
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 05:36 PM | Show all posts
Zmn skrg mmg Cainis je.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 05:39 PM | Show all posts
kuat betul gen HO
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2022 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Rupa sheol pun dah ke arah rupa Cina. Macam seiras pulak muka kau dengan housemate akak dulu si Kelly namanya terutama gambar bawah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam drama xcantik cm dlm gambar. Nampak plain je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2022 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Drama apa dia berlakon
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2022 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
cheezel replied at 28-7-2022 08:31 PM
Dalam drama xcantik cm dlm gambar. Nampak plain je.

Mmg zaman sekarang muka plain idaman pihak produksi
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2022 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
kecik betul badan dia, tgk yg dok lompat2 tu gayat rasa
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2022 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh la jd finalis dewi remaja
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2022 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik mulut kemut lebar mcm ho
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2022 05:23 PM | Show all posts

kira gambar HO tu edit letak rambut panjang
jadi la HO version perempuan.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2022 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Cara di bercakap pun ada pelat mcm cina cuba cakap BM, masa cakap BI pun sama.
Muka dahla mcm amoi dah, boleh la dik berlakon cite cina.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2022 07:05 PM | Show all posts
who are yusssss dikkkk...
ramai kata engko anak HO...
masalahnya kaka pun tak cukup tua untuk mengenali sape HO...

siapa yang kenal ayah heshe tu di sarankan titik Estee Lauder Advanced Night Repair tiap2 malam supaya wajah tampak muda kembali... Lepastu banyakkan makan sayur2 ye supaya tak menopos awal....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2022 07:08 PM | Show all posts


asal ada cerita untuk di kepochi kan oleh  forummer

bapakkkk ko lahhh sangatttttttttttttttttt jantan tu sikit pun xkisah ko xbintikan dengan nama dia


Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
hotmak replied at 30-7-2022 01:22 PM
kecik betul badan dia, tgk yg dok lompat2 tu gayat rasa

Nipis giler..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 08:22 PM GMT+8 , Processed in 1.432664 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list