Jejambat Huangjuewan di Chongqing, China, boleh dianggap sebagai jejambat paling rumit di dunia. Ini kerana ia mempunyai 20 laluan yang saling berhubung di lima tingkat yang menghubungkannya dengan tiga lebuh raya utama, lapor Oddity Central.
Sejak gambar pertama dikongsikan di internet beberapa tahun lalu, ia menimbulkan pelbagai kejutan, kehairanan dan kebimbangan, terutamanya dalam kalangan pemandu. Ramai yang tertanya-tanya bagaimana pemandu yang kurang berpengalaman sepatutnya mencari jalan dengan begitu banyak laluan dan lorong untuk dipilih.
Biarpun mempunyai pengalaman, Huangjuewan memang kelihatan agak menakutkan, setidak-tidaknya ketika kali pertama ia dilihat. Walaupun arkiteknya mendakwa ia kelihatan jauh lebih serabut daripada yang sebenarnya, Huangjuewan dikenali sebagai jejambat paling rumit di dunia. "Anda perlu memandu mengelilingi seluruh bandar jika anda mengambil laluan yang salah," seorang pemandu mengulas pada foto jejambat Huangjuewan, sebelum ini. Ada yang tertanya-tanya sama ada sistem penentu kedudukan global (GPS) mereka akan membantu, memandangkan laluan yang rumit. Selepas lima tahun perancangan dan tujuh tahun lagi kerja pembinaan, Jejambat Huangjuewan yang siap pada 2017 dianggap sebagai satu keajaiban seni bina. Pereka utamanya menegaskan sebarang kebimbangan mengenai navigasi jejantas adalah tidak berasas. Arkitek mengambil kira kesilapan manusia dan menambah tanjakan tambahan untuk membantu pemandu memusingkan kenderaan dengan lebih pantas. Sekiranya tersalah pilih lorong, pemandu mempunyai pilihan keluar dalam masa 10 minit, dan papan tanda jalan sangat jelas dan pemandu tidak perlu bimbang walaupun laluan dari Jejantas Huangjuewan menghala ke lapan arah berbeza. Sumber: Harian Metro
|
mejaputih replied at 28-7-2022 02:32 PM
Cantiknya tar jalan kat situ..
TuntungReturn replied at 28-7-2022 11:02 PM
tips bawak keta kalau junpa jalan cm ni jgn ada pompuan kt sebelah. kalau tersesat, yg pompuan tu di ...
ultra78 replied at 28-7-2022 04:52 PM
KL menuju ke arah ini. Flyover di atas flyover di atas flyover.
epullipan replied at 28-7-2022 06:21 AM
aku tengok yang baru penchala link sambung hiway baru area ikea tu pon da pening ni kan lagi hat ni
netto_ replied at 29-7-2022 07:30 AM
Aku yg kt damansara tu pon da pening. Konpius byk na lorong.
ADVERTISEMENT