Jejambat Huangjuewan di Chongqing, China, boleh dianggap sebagai jejambat paling rumit di dunia.
Ini kerana ia mempunyai 20 laluan yang saling berhubung di lima tingkat yang menghubungkannya dengan tiga lebuh raya utama, lapor Oddity Central.
Sejak gambar pertama dikongsikan di internet beberapa tahun lalu, ia menimbulkan pelbagai kejutan, kehairanan dan kebimbangan, terutamanya dalam kalangan pemandu.
Times of India
Ramai yang tertanya-tanya bagaimana pemandu yang kurang berpengalaman sepatutnya mencari jalan dengan begitu banyak laluan dan lorong untuk dipilih.
Biarpun mempunyai pengalaman, Huangjuewan memang kelihatan agak menakutkan, setidak-tidaknya ketika kali pertama ia dilihat.
Walaupun arkiteknya mendakwa ia kelihatan jauh lebih serabut daripada yang sebenarnya, Huangjuewan dikenali sebagai jejambat paling rumit di dunia.
"Anda perlu memandu mengelilingi seluruh bandar jika anda mengambil laluan yang salah," seorang pemandu mengulas pada foto jejambat Huangjuewan, sebelum ini.
Reddit
Ada yang tertanya-tanya sama ada sistem penentu kedudukan global (GPS) mereka akan membantu, memandangkan laluan yang rumit.
Selepas lima tahun perancangan dan tujuh tahun lagi kerja pembinaan, Jejambat Huangjuewan yang siap pada 2017 dianggap sebagai satu keajaiban seni bina.
Pereka utamanya menegaskan sebarang kebimbangan mengenai navigasi jejantas adalah tidak berasas.
Arkitek mengambil kira kesilapan manusia dan menambah tanjakan tambahan untuk membantu pemandu memusingkan kenderaan dengan lebih pantas.
Sekiranya tersalah pilih lorong, pemandu mempunyai pilihan keluar dalam masa 10 minit, dan papan tanda jalan sangat jelas dan pemandu tidak perlu bimbang walaupun laluan dari Jejantas Huangjuewan menghala ke lapan arah berbeza.
Jalan sana cantek, nersih, lebar, bangunan pun tinggi2 penuh lampu warna warni boleh buat display mcm tv ..kenderaan letrik bersepah. Nas pelancomg pun guna letrik. Ada kaler khas utk papan nombor plate utk kenderaan letrik
Tak ada masalah kalau papan tandanya jelas dan ada jarak selamat antara simpang.
Sesetengan persimpangan bertingkat di Malaysia ni ada yang menghimpunkan multiple entry dan exit points terlalu rapat itu yang menyebabkan kelam kabut sebab terlalu banyak yang hendak dibaca.
Post time 29-7-2022 12:32 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by ninja boy at 29-7-2022 12:34 AM
Kat Malaysia ni ada signboard tarak guna baik cabut terus, negara lain siap signboard amaran 1-2 km suh keep left 1km siap2 jika mau belok kkiri, ini tidak, masih guna lorong kanan dah sampai 1-2meter terus masuk lorong kiri dan belok kiri, mmg celaka semua beratur belakang jem lorong kanan mau straight jalan, bodoh piang malaysian, bodoh piang malaysian
yeaaa..me too.. mmg fobia klu sebut Damansara.. hahaha.. ritu ada sekli pi bawa anak ke Klinik Pakar di Damansara Utama..rasa cam kejung jugak.. nasib waze membantu.. mmg radio tutup..nak fokus jalan punya pasaiii haha..