CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Dahlah Pasang Masin ATM Dalam Rumah, Raffi Ahmad Bagi Nafkah RM60,000 Sebulan Pada Isteri

28-7-2022 01:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5454| Komen: 32

Selebriti Indonesia, Raffi Ahmad dan Nagita Slavina memang dikenali sebagai pasangan yang hidup dalam kemewahan.

Selain kedua-duanya memperoleh pendapatan lumayan hasil pekerjaan sebagai pelaku seni dan memiliki beberapa perniagaan lain, Raffi dan Nigita diketahui sudah lahir dari keluarga ‘berdulang emas’.



IG Raffi

Maka untuk memberikan nafkah sehingga RM60,000 sebulan mungkin bukan beban buat Raffi. Tetapi kita sebagai rakyat marhean yang mendengarnya berasa duit nafkah itu sebagai keterlaluan!

Kisah Raffi memberi nafkah kepada isterinya dalam jumlah yang cukup besar itu dikongsikan sewaktu dia berbicara dengan hos Andre Taulany. 


Menerusi laporan Viva.co.id, Raffi memberitahu selain memberi wang tunai, dia juga menyediakan kad kredit sekiranya nafkah yang diberi tidak cukup.


IG Raffi

Kata Raffi dia memberi sebanyak RM15,000 (Rp50 juta) secara tunai setiap bulan kepada wanita yang telah melahirkan dua anaknya itu.

“Jadi saya beri wang tunai kepada Nagita RM15,000 sebulan. Kemudian saya beri juga tiga kad kredit dengan setiap satu mempunyai limit RM15,000 juga.

“Tapi sejujurnya Nagita tak pernah habiskan duit nafkah yang saya bagi setiap bulan. Kecuali ada kecemasan, dia mungkin gunakan kad kredit, tapi sangat jarang berlaku,” katanya seperti dipetik dari Instagram @rumpi_gosip.



Raffi mengatakan Nagita tidak menghabiskan duit nafkah yang diberi dengan alasan wanita yang dikahwini pada tahun 2014 itu lebih suka menggunakan duit sendiri untuk berbelanja.

“Dia pun punya pendapatan sendiri, jadi lagi senang pakai duit sendiri juga,” tambahnya.


RANS ENTERTAINMENT VIA TIKTOK/@HERLIN255

Terdahulu, pada ulang tahun ke34 pada Februari 2022, Nagita menerima hadiah berupa mesin ATM yang dipasang dalam kediamannya dari Raffi.


Sumber: Gempak


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aammyy 28-7-2022 02:10 PM
Wow. Another level. Kat dlm istana ada tak benda ni eh?
Quote whimsicalmusic 28-7-2022 04:05 PM
Jiran2 blh tumpang pakai x?
Quote hareeeesah 28-7-2022 04:13 PM
artis malaysia ada ke yg dapat nafkah byk tu? [em:10:]
Quote kucingitam 28-7-2022 04:31 PM
setor tarik tunai...gituh namanya..
Quote tompie 28-7-2022 04:39 PM
Orang Indonesia ni kalau kaya memang kaya raya gila2.
Kalau yang susah pun susah gile2..
Wealth gap sangat besar..
Quote Mini.Me 28-7-2022 05:56 PM
tompie: Orang Indonesia ni kalau kaya  ...


Kann...i pon perasan macam tu...retis² diorang nampak mewah² belaka...retis² kita tak macam tu sekali
Quote gideoncross 28-7-2022 06:02 PM
hareeeesah replied at 28-7-2022 04:13 PM
artis malaysia ada ke yg dapat nafkah byk tu? [em:10:]

Bilal "Billie" Ain dpt RM40k sbgai duit angpau rya hri tu hahahaha.
Quote gideoncross 28-7-2022 06:03 PM
Mini.Me replied at 28-7-2022 05:56 PM
Kann...i pon perasan macam tu...retis² diorang nampak mewah² belaka...retis² kita tak macam tu  ...

Sma mcm Bwg Merah c Nia Ramadhani & laki sheol Ardie Bakri tu, ktanya mmg kya tiptop & ada bnyk harta.
Quote gideoncross 28-7-2022 06:05 PM
tompie replied at 28-7-2022 04:39 PM
Orang Indonesia ni kalau kaya memang kaya raya gila2.
Kalau yang susah pun susah gile2..
Wealth ga ...

Ikr? Skali ada yg kya, nak mmpus kkayaan dorg. Skli ada yg miskin, yahampun nengok & klau kat luar negeri, kita pun boleh nmpk slh stu bngsa yg sllu mlancong ni bngsa Yindon.
Quote Suchi 28-7-2022 08:50 PM
Mcm mana dia boleh kaya raya giler? Tp bini dia nampak biasa2 je ye, harap tok laki tu tak mencurang laa maklumlaaa duit byk gitu mesti ramai yg mengintai peluang
Quote naina 28-7-2022 10:12 PM
Masyaallah kaya giler. Selebriti apo dia ni? Pelakon ke penyanyi? Cmne eh rasanya jadi orang tersangat kaya income sebulan juta2..hmm
Quote intan244 29-7-2022 06:49 AM
knp credit card max 15k je. rendah nya. sekeping 45k terus senang.
Quote lasagna 29-7-2022 08:36 AM
tompie replied at 28-7-2022 04:39 PM
Orang Indonesia ni kalau kaya memang kaya raya gila2.
Kalau yang susah pun susah gile2..
Wealth ga ...

org india pun gittew juga uols.. bila kaya, kaya nau nau. bila miskin hina, hina sungguh.
kat msia ni jer plak ada B40, M40 & T20 haaa gittewww.
Quote aLieNzDaToR 29-7-2022 08:53 AM
dia ni mmg kaya giler. follower medsos dia millions. income wife dia lagi bnyk dari income dia sebenarnya. ada dalam wawancara dgn rafii ni.
Quote dani-rox 29-7-2022 09:37 AM
bill gates dan elon musk pun takda mesin atm kat rumah
Quote Analisaxx 29-7-2022 03:19 PM
Suchi replied at 28-7-2022 08:50 PM
Mcm mana dia boleh kaya raya giler? Tp bini dia nampak biasa2 je ye, harap tok laki tu tak mencurang ...

Antaranya income dari youtube channel subscribers > 20M. Tiap2 hari upload video cecah juta2 viewers, yindon kan ramai rakyatnya. Jual lifestyles...Raffi tu pun masih aktif sebagai pengacara jugak
Quote duricinta 29-7-2022 07:35 PM
Kaya btl you tuber indon ni, rumah masing2 mewah sgt, sama dgn atta halilintar serba serbi mewah
Quote hidet 29-7-2022 10:30 PM
baca tajuk mati2 igt artis bollywood, rupanya Indo
Quote haifawehbe 29-7-2022 11:56 PM
sebab tu dalam islam suruh cari yg sekufu.. baru hidup bahagia..

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.072302 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top