CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Adik-beradik Kardashian Kecam Instagram Tiru TikTok

28-7-2022 10:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1947| Komen: 2

Description: Bintang realiti televisyen Kim Kardashian dan Kylie Jenner baru baru ini melahirkan kritikan terhadap Instagram yang disifatkan ‘sudah menghilangkan banyak foto cantik’ di platform media sosial ters ...
Bintang realiti televisyen Kim Kardashian dan Kylie Jenner baru baru ini melahirkan kritikan terhadap Instagram yang disifatkan ‘sudah menghilangkan banyak foto cantik’ di platform media sosial tersebut.


Ia berikutan platform tersebut menukar format daripada bersifat foto persendirian kepada video pendek yang dikenali sebagai Reels, lapor BBC.com.

Lantaran itu pasangan adik beradik ini bersetuju dengan banyak suara pengguna lain yang mahukan Instagram kekal seperti dahulu.


NBC News

Mereka juga tidak mahu Instagram berubah fungsi seperti Tiktok. Kritikan tersebut dilontarkan Kim K kepada 326 juta pengikut di Instagramnya, sebelum Jenner juga berbuat hal sama dengan memuat naik ‘permintaan’ itu dan mahu disampaikan kepada 361 juta pengikutnya.


“Jadikan Instagram kekal seperti Instagram. Berhenti mahu menjadi seperti TikTok. Saya hanya mahu melihat foto foto cantik sahabat saya,” bunyi kritikan yang diletak pada Insta Story masing masing.

Kim juga dilihat menuliskan kata rayuan “pretty please" sementara Jenner  meninggalkan perkataan ‘tolongggggg’ di kemas kini tersebut.

Untuk rekod, kemas kini asal dimiliki oleh seorang jurugambar dan content creator berusia 21 tahun, Tati Bruening.

Dia mengatakan kecewa selepas gagal melihat banyak kemas kini foto rakan rakannya dan membuat meme berkenaan situasti tersebut.

Ia bagaimanapun menjadi tular bukan sahaja di Instagram tetapi juga di Twitter dengan pengguna mahu platform tersebut kekal seperti biasa.


Sumber: Gempak


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Hoshhi 29-7-2022 12:25 AM
Retis msia gigih buat reels drpd post gmbr sndiri. Sbb reels blh viral. Org yg aku x follow mcm pasha sendat, jahlop, amirah rosli, keknis, wawa aril sll muncul dkt ig aku. Mcm bangsat ig skrg. Aku nk tgk org yg aku follow bknnya reels2 smph tu semua
Quote jorgefreeman 30-7-2022 01:19 AM
Wondering, canpeople see when you screenshot on Instagram? Currently, Instagram moddified version does not notify users when you screenshot a story, post, or most other content. So a user will not know when you screenshot any of their post or stories. It’s quite irrelevant to discuss if someone would know about the screenshotting.  

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.180650 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top