Pelakon juga pensohor media sosial popular, Sharifah Rose mengakui kekurangan sendiri yang bertudung namun tidak menutup aurat dengan sempurna.
Atas alasan tersebutlah, pemilik nama lengkap, Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira itu bersikap terbuka dengan kecaman yang dilontarkan segelintir netizen berhubung penularan sekeping foto terbaharunya yang menampakkan lehernya dalam Instagram. Terdahulu, seorang jurusolek profesional, Khir Khalid berkongsi sekeping foto wajah jelitawan berusia 28 tahun tidak menutup aurat dengan sempurna sekali gus mengundang kecaman hebat daripada orang ramai. “Tentang gambar yang dikongsikan abang Khir itu, bagi saya, tiada masalah besar pun dan terpulang kalau netizen nak gembar-gemburkan tentangnya. “Dia pun nak ‘test lighting’ (ujian pencahayaan) sahaja dan berkongsi hasil kerjanya dalam media sosial miliknya. Netizen nak cakap itu ini, saya tidak mempunyai kuasa nak tutup mulut mereka,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online semalam. Ditanya lanjut tentang statusnya sebagai wanita bertudung, pelakon drama rantaian, Kekasih Hati Mr Bodyguard itu memaklumkan, dia masih mencuba yang terbaik untuk menutup aurat dengan sempurna seperti tuntutan buat seorang Muslimah. “Saya pakai tudung sudah lama tak nak cakap sempurna, itu jauh sekali sebab saya pun sama macam orang lain masih belajar. “Saya akui, kadang-kadang, saya pakai turban. Pakai tudung pun, anak rambut terkeluar dan orang nampak. “Sebagai seorang manusia yang masih mencari kesempurnaan dalam menutup aurat, saya minta maaf kalau perkongsian saya mahupun orang lain membuatkan khalayak di luar sana terguris hati. “Insya-Allah, dari semasa ke semasa, saya akan terus mencuba memperbaiki diri dan sama-samalah kita berusaha menjadi manusia yang lebih baik. Saya terima teguran dengan hari terbuka,” ujarnya.
|
gideoncross replied at 28-7-2022 12:48 PM
"Khir Khalid berkongsi sekeping foto wajah jelitawan berusia 28 tahun tidak menutup aurat dengan sem ...
sunshinelady replied at 28-7-2022 06:40 PM
hal dia tutup tak tutup tu semua org dah menumpang komen.
tapi aku nak komen jugak pasal mekap. mi ...
aciksenah replied at 29-7-2022 11:06 AM
Biasa kalau nak photoshoot memang kena tebal...kalau tak, apa pun tak nampak..Tapi yang tu memang ...
ADVERTISEMENT