CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3354|Reply: 23

'Pakai Tudung Pun, Anak Rambut Terkeluar' - Sharifah Rose Akui Tak Sempurna Berhijab

[Copy link]
Post time 28-7-2022 12:43 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon juga pensohor media sosial popular, Sharifah Rose mengakui kekurangan sendiri yang bertudung namun tidak menutup aurat dengan sempurna.


Atas alasan tersebutlah, pemilik nama lengkap, Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira itu bersikap terbuka dengan kecaman yang dilontarkan segelintir netizen berhubung penularan sekeping foto terbaharunya yang menampakkan lehernya dalam Instagram.


Terdahulu, seorang jurusolek profesional, Khir Khalid berkongsi sekeping foto wajah jelitawan berusia 28 tahun tidak menutup aurat dengan sempurna sekali gus mengundang kecaman hebat daripada orang ramai.




IG Khir/Rose




“Tentang gambar yang dikongsikan abang Khir itu, bagi saya, tiada masalah besar pun dan terpulang kalau netizen nak gembar-gemburkan tentangnya.


“Dia pun nak ‘test lighting’ (ujian pencahayaan) sahaja dan berkongsi hasil kerjanya dalam media sosial miliknya. Netizen nak cakap itu ini, saya tidak mempunyai kuasa nak tutup mulut mereka,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online semalam.


Ditanya lanjut tentang statusnya sebagai wanita bertudung, pelakon drama rantaian, Kekasih Hati Mr Bodyguard itu memaklumkan, dia masih mencuba yang terbaik untuk menutup aurat dengan sempurna seperti tuntutan buat seorang Muslimah.


“Saya pakai tudung sudah lama tak nak cakap sempurna, itu jauh sekali sebab saya pun sama macam orang lain masih belajar.


“Saya akui, kadang-kadang, saya pakai turban. Pakai tudung pun, anak rambut terkeluar dan orang nampak.


“Sebagai seorang manusia yang masih mencari kesempurnaan dalam menutup aurat, saya minta maaf kalau perkongsian saya mahupun orang lain membuatkan khalayak di luar sana terguris hati.


“Insya-Allah, dari semasa ke semasa, saya akan terus mencuba memperbaiki diri dan sama-samalah kita berusaha menjadi manusia yang lebih baik. Saya terima teguran dengan hari terbuka,” ujarnya.




  



Nama Sharifah Rose menjadi topik hangat perbualan apabila jurusolek Khir menerima kecaman netizen selepas membuat perkongsian sekeping foto Sharifah Rose dengan solekan minimalis menampakkan leher dan anak rambutnya.


Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2022 12:48 PM | Show all posts
"Khir Khalid berkongsi sekeping foto wajah jelitawan berusia 28 tahun tidak menutup aurat dengan sempurna sekali gus mengundang kecaman hebat daripada orang ramai".

Netz Mulayu Melesia & isu psl tdung brpisah tiada.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
terbang je lahh tudung tu.., kejap je pun kena kecam
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaaaa dapat ler diskaun iteww .....dosa/pahala tak dapat penuh....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Org lain terkangkang terdedah tunjuktlurah bontot segala masih tak viral
Dia untung tunjuk leher je terus meletup
Hijabi privilege
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 02:22 PM | Show all posts
keszahh..pakai tudung ke tidak pun kena buat statement keee nyahhh?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2022 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia pun bukan lah pakai tudung labuh ustazah..
Tudung yg dia pakai biasa pun nampak anak rambut, telinga n leher sikit kan..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 02:54 PM | Show all posts
dia ni yang gi thailand pun tak pakai tudung kan?

so apa kisah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2022 02:58 PM | Show all posts
sooo??? acik2 porum yang lebih cantik dan gebu gebas walaupun dah menopos pun tak tanya pun dik pasal anak rambut semua tu... motip tu pun nak bagitahu pada public... mat2 rempit takde kerja follow pompuan2 kat ig je yang gigih komen pasal aurat orang bagai... acik2 porum ada benda lain nak pikir... komitmen hidup, amal ibadah sendiri dan membantu orang sekeliling etc...

mat2 rempit penganggur yang hidup keje komen aurat orang tu semua bukan ada kerja pun... hidup hanya menyemakkan ruang di muka bumi je sebabtu Thanos gigih nak petik jari bagi hilang mangkuk2 ni...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 06:40 PM | Show all posts
hal dia tutup tak tutup tu semua org dah menumpang komen.

tapi aku nak komen jugak pasal mekap. minimalist? tebal tu. like logically realistically if jumpa depan2 & also dlm tv pun tau ni mekap berlapis2. to me this one tak lawa.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 08:41 PM | Show all posts
trend la pakaitudung nampak anak rambut..so cantik..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
gideoncross replied at 28-7-2022 12:48 PM
"Khir Khalid berkongsi sekeping foto wajah jelitawan berusia 28 tahun tidak menutup aurat dengan sem ...

Jelitawan?errrr
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Laaa 28 tahun dh ko dekkk..xpyh laa berangam cm bbnu lagi dh..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Semakla si kayu ni...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 11:06 AM | Show all posts
sunshinelady replied at 28-7-2022 06:40 PM
hal dia tutup tak tutup tu semua org dah menumpang komen.

tapi aku nak komen jugak pasal mekap. mi ...

Biasa kalau nak photoshoot memang kena tebal...kalau tak, apa pun tak nampak..Tapi yang tu memang dipanggil gaya minimalist. Dalam tv memang tak nampak mcm kita mekap..Sebab tone warna yang digunakan.

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 11:22 AM | Show all posts
Cantik makeup dia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2022 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
X terkejut pn die nie berlakon pn pegang2
Yg jadi heroin pilot tu last episode cm ade peluk2 je
Ntah la labu
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 02:28 PM | Show all posts
kadang bertudung tu sebab fesyen & kena pakai tudung.
sbb tu blh blakon peluk pegang sume.
mcm real life manusia bcinta pegang sana sini wlau pakai tudung.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2022 07:55 AM | Show all posts
aciksenah replied at 29-7-2022 11:06 AM
Biasa kalau nak photoshoot memang kena tebal...kalau tak, apa pun tak nampak..Tapi yang tu memang  ...

not minimalist at all. this better suits nude look.
*from makeup editorial & makeup artist friends*
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2022 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Hajah siti nurhaliza tu pun berjambul ramos selepas balik haji semata terpaksa tunaikan impian netizen sbb kata nk bertudung lepas balik haji.. terus jadi trend yg bertudung elok sblm ni pun tiba2 berjambul

Fashion bertudung tp nmpak anak rambut, nmpak leher, berturban.. tu semua trend. Padahal masing2 tahu je hijab yg shariah compliance.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.076458 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list