Tidak akan terbalas jasa ibu bapa yang membesarkan kita dari kecil, jadi berbuat baiklah kepada mereka semampu boleh.
Bagaimanapun, banyak juga kisah pengabaian dan penganiayaan dilakukan terhadap ibu bapa dilaporkan. Baru-baru ini, seorang lelaki dikenali dengan nama Faiz Hakim berkongsi video mengenai kisah di sebalik penghuni rumah orang tua. Katanya, seorang warga emas dari Kelantan dikatakan mempunyai dua anak bekerja sebagai doktor dan jurutera di sebuah syarikat terkemuka. Difahamkan, wanita berusia 66 tahun itu dihantar ke rumah orang tua oleh anak-anaknya yang dikatakan terlalu sibuk bekerja dan banyak tanggungan.
Lebih meruntun hati apabila ada suatu hari, wanita ini pergi ke rumah anaknya tetapi dihalau sebaik tiba di sana. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dengan nasib yang menimpa wanita ini. Bukan itu sahaja, mereka berharap agar anak-anaknya dilembutkan hati dan diberikan kesedaran. Dalam kesempatan itu, mereka menasihati orang ramai supaya lebih menghargai dan menyayangi ibu bapa dan jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab terhadap orang tersayang. Sumber: OhBulan |
supernaturalee replied at 28-7-2022 11:55 AM
teringat iklan raya petronas ni
ADVERTISEMENT