CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sharnaaz Ahmad Pasang Bodyguard, "Perlu Kawal, Cepat-Cepat Tarik Saya"

27-7-2022 06:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3514| Komen: 19

Selepas terpalit dengan kontroversi baru-baru ini, pelakon Sharnaaz Ahmad mengambil pendekatan untuk menggunakan khidmat pengawal peribadi bagi mengelak sebarang masalah pada masa hadapan.


Sharnaaz, 36, berkata, tugas pengawal peribadi itu lebih kepada mengawal dirinya dari terbabit dengan sebarang kontroversi selepas ini.


Foto: IG

"Memang saya menggunakan khidmat pengawal peribadi, tetapi tujuan utama bukan kerana faktor keselamatan sebaliknya bagi mengawal saya.

"Ini supaya saya tidak terbabit dengan sebarang masalah pada masa akan datang. Jika rasa saya hendak terbabit dengan masalah, dia kena cepat-cepat tarik saya.


"Terpulang kepada sesiapa untuk membuat andaian masing-masing, namun saya perlukan seseorang untuk mengawal saya," katanya.



Sebelum ini Sharnaaz direman tiga hari selepas disyaki menumbuk dan menendang seorang lelaki di kondominium di Segambut, di sini.

Sementara itu, Sharnaaz yang kini bergelar pengacara program Muzikal Lawak Superstar mengakui dia gugup untuk beraksi di pentas.



Katanya, dia terbuka dan bersedia untuk menerima kritikan selepas menjayakan tugas sebagai pengacara bersama gandingannya, Elly Mazlein.

"Semestinya saya berdebar-debar hendak menjayakan tanggungjawab sebagai pengacara. Saya keluar dari zon selesa untuk mencabar diri menjadi pengacara. Saya juga tidak mengambil masa yang lama untuk bersetuju. Saya pasti mesti ramai yang mengkritik namun saya sudah bersedia. Insya-Allah, saya akan memperbaiki diri untuk minggu seterusnya," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edoraixora 27-7-2022 06:46 PM
Mmg baran sgt si orix ni, sampai nak kena ada org yg control pulak
Quote armin 27-7-2022 07:07 PM
Mungkin ko kena pegi therapy la sanaz
Quote Piramida 27-7-2022 07:11 PM
So masalah sendiri lah kan? Tak pandai kontrol diri sendiri... Anger management ke laut?

Next time belajar hormat org ya kalau nak org pun hormat ko.
Quote diamondhoney 27-7-2022 07:23 PM
Eii geli lah tgok heols mende beard gitu
Quote likilu 27-7-2022 07:37 PM
Sekali bodyguard kena hempuk
Aku bayar gaji kau jangan nak melawan
Quote uori 27-7-2022 07:54 PM
PC bila nak buat?
Quote kitmal 27-7-2022 08:01 PM
kena gi buat anger management ni..jambang tu tak boleh nak trim ke sikit
Quote ashilalat 27-7-2022 08:05 PM
Kalau terjumpa shilalat boleh terbuat apa plak kang? Tertunjuk jari tengah?
Quote dudaberhias 27-7-2022 08:05 PM
dah memang baran dari dulu sebabtu dah terbawa2 habit tu... btw macam sabut kelapa tua dah rhoper heshe ni...

mujur la ada terdetik nak berubah siap pasang bodyguard...
harap2 bodyguard tu lagi power dari dia supaya boleh debik heshe sampai lunyai...

tak terbayang kalau kak nab masih bersama dia... penat nak kena gigih kopek mengopek nak cari mulut untuk comolot lepastu bau kepam tak payah cerita silap2 time kopek2 tu terjumpa sisa roti canai dan kuah dal dalam tu ya ampun... silap2 jebat main2 jambang abahnya tu entah2 boleh jumpa mainan transformers dalam tu...

kalau heshe cuba serang orang lagi harap2 bodyguard tu cucuh jambang hesh bagi terbakar ala2 sabut kelapa untuk buat satay dan otak2 gittew...
Quote stingergrumpy 27-7-2022 08:10 PM
Silap silap bodyguard ko pun kena bantai dgn ko....

Brutal brutalnya atok sawie takdanya sampai perlukheun bodyguard utk kawal emosinya...

Pondan ler ko nenaz...
Quote Rogue98 27-7-2022 08:10 PM
So memang betul lah cerita dia belasah guard ke jiran tu kan. Dia nak tunjuk kat mahkamah ada lah effort dia supaya kes tak berulang lagi.
Quote msdummy.2018 27-7-2022 10:31 PM
Dia ke pengacara..hurm malaslah aku nkntgk
Quote Omai 28-7-2022 09:28 AM
geli la tengok jambang dia...  eyekkkkk
Quote SherryZass 28-7-2022 09:33 AM
jambang, janggut & misai gi lah trim elok-elok. Ni mulut pun nak kena cari mana letaknya
Quote dejure 28-7-2022 09:36 AM
diamondhoney replied at 27-7-2022 07:23 PM
Eii geli lah tgok heols mende beard gitu

Mamu ni gatal sangt dulu g wat waxing kat badan dia..dah tau spesis berbulu yg gatal wat waxing buat apa..ntah2 bulu ciknek pon abis dia waxing,tu yg skg membela bulu di muka pula.
Quote fizamn 28-7-2022 09:41 AM
anak shahnaz comel and cute...good gene both the toddler parents..
Quote nanasno 28-7-2022 10:21 AM
ko kena pergi therapy anger management la sharnaz oiii.
Quote Nenasketum 28-7-2022 11:18 AM
Perasan sangat dia ni. Mentaliti dah jadik macam rusa masuk kampung nak berbodi guard bagai.
Quote gideoncross 28-7-2022 12:42 PM
kitmal replied at 27-7-2022 08:01 PM
kena gi buat anger management ni..jambang tu tak boleh nak trim ke sikit

Dh mcm Zayn Malik, kna hntr class utk anger management.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.355363 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top