CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Black Bangga Dapat Nyanyi Di Sebelah Tun Mahathir

27-7-2022 06:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1612| Komen: 6

Description: Black, 35, merasa sangat bertuah apabila berpeluang menyanyi di depan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila bertemunya secara tidak sengaja di Langkawi, Kedah.
Black, 35, merasa sangat bertuah apabila berpeluang menyanyi di depan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila bertemunya secara tidak sengaja di Langkawi, Kedah.


Black atau nama sebenarnya Hanifah Muhammad Hanafiah berkata, dia tidak sangka dapat memperkenal dirinya dengan Mahathir selepas sekian lama menyanjung negarawan itu.

Foto: IG

"Ketika itu saya singgah ke kedai makan milik rakan di sana. Saya lihat ramai orang berkumpul di sana dan rupanya ada perhimpunan pemandu-pemandu Grab. Lebih mengejutkan, rupanya Tun ada di sana juga.

"Saya diberitahu beliau ke sana untuk membuat kejutan. Kemudian saya ditanya sama ada mahu bergambar tak dengan Tun? Saya pun memang naklah dan teruja sebab tak pernah bertemunya sedekat itu.


"Bila duduk sebelah, orang suruh saya menyanyi sampai tersangkut-sangkut sebab gementar. Tak sangka, Tun membuat permintaan untuk nyanyi satu lagi lagu dan beliau kata suara saya sedap," katanya kepada Harian Metro.


Menurut penyanyi lagu Sofia Jane itu, dia sempat memperkenal dirinya secara lebih dekat selain kenalkan keluarganya juga.

Black berkata peluang itu amat besar makna buatnya.


"Memang saya pernah jumpa Tun tapi di acara formal yang membabitkan ramai orang. Kali ini, saya betul-betul dapat duduk di sebelah dan menyanyi khas buatnya. Ini satu peluang satu dalam sejuta sepanjang hidup. Saya sempat kenalkan juga nama penuh saya. Anak-anak saya pun sempat berborak dengannya," katanya.

Terdahulu, Black berkongsi hantaran videonya menyanyi di sebelah Mahathir menerusi Instagram. Jelas kelihatan pemimpin itu cukup terhibur dengan nyanyiannya. -CARI

Sumber: Harain Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ashilalat 27-7-2022 08:10 PM
Awat nyanyi sebelah? Sebaiknya ko ucapkan kalimah syahadah di sebelahnya.
Quote sleepandream 27-7-2022 09:15 PM
Tun, the one and only yang panggil enggang a stupid boy
Quote Adrif 27-7-2022 10:08 PM
ok, jujur je la

semua orang pikir pasal rambut dia kan

aku tanak termenung sorang-sorang tengok gambar tu
Quote hyie 27-7-2022 10:48 PM
Adrif replied at 27-7-2022 10:08 PM
ok, jujur je la

semua orang pikir pasal rambut dia kan

rambut Black ke? heshe buat rawatan tanam rambut kat sama klinik dengan normiang yakni drshahhairclinic ig dia. Hafidz rosdi ada buat gak kat bahagian depan rambut atas dahi, sebelum ni jendul dia cakap, sekarang dah elok kos almost RM20k uolsss untuk 4000 anak rambut kot dia sebut.
Quote buragazz 28-7-2022 10:43 AM
Memula aku baca "Black Banga" sapa pulak artis baru ker.. teruk naw mata aku..
Quote AWEKSAMURAI 3-8-2022 12:30 PM
X kisah lah sapa benci Tun ke hape tapi aku tgok bila org yg benci Tun tu nak plak Tun kat depan dia dorang paling sibuk nak bergambar dgn Tun hakhakhak tu lah org panggil aura walau pun ko benci Tun tp bila berdepan dgn Tun ko x bleh avoid aura Tun tu ..... Nak plak bila dgr Tun bercakap live aku masa amik watikah aritu part Tun nyanyi lagu WARISAN SUDIRMAN ... menangis nangis sume org dlm dewan entah perasaan sebak tu dtg tetibe .... Bila ko x pernah jumpa Tun secara berdepan duduk sembang dgn dia mmg ko akan benci lah kutuk lah tp bila ko duduk mengadap dia berdepan masa tu ko akan rasa dekat sgt dgn dia .

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.046006 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top