CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Pujuklah Isteri, Buat Solat Taubat Shuk"

27-7-2022 05:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3121| Komen: 21

Meskipun belum meletakkan sebarang nokhtah dalam hubungan mereka, peminat masih berharap pelawak Shuk Sahar dan isteri dapat kembali bersama memperbaiki rumah tangga mereka demi anak-anak.


Perkara itu diluahkan beberapa netizen dalam ruangan komen menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Shuk di TikTok miliknya pada Rabu.

Foto: IG

"Kalau ada jodoh, kembalilah kepada Sera dan anak-anak. Tolonglah Shuk, hargai mereka hingga hujung nyawa. Seksa berpisah dengan anak-anak!

"Doa saya, semoga Shuk dan Sera dapat kembali semula sebagai suami-isteri. Pujuklah isteri, buat solat taubat Shuk.


"Usaha tanpa minta bersungguh-sungguh pada Allah memang susah kerana abang banyak kali melukakan," antara komen netizen.

Menerusi video berkenaan, Shuk atau Muhammad Shukri Mohammed Sahar, 36, dilihat meluangkan masa bersama dua anaknya di sebuah pusat beli-belah di Subang Jaya.


Sementara itu, ada juga dalam kalangan netizen yang berharap Shuk terus menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa dengan baik walaupun hubungannya dengan isteri berakhir dengan perpisahan.

"Mungkin bukan suami yang baik, tetapi boleh jadi ayah terbaik untuk anak-anak.

"Apa pun yang terjadi jangan pernah lupa anak-anak. Semua yang berlaku ada hikmah. Semoga yang terbaik buat awak.

"Lebih elok begini, anak-anak perlukan awak," kata netizen yang lain pula.



Terdahulu, Sera atau Rossalenna Natassyaih Asshaferah dilaporkan telah memfailkan perceraian terhadap Shuk pada November tahun lalu namun sehingga kini status perkahwinan mereka masih menjadi tanda tanya.

Malah Sera yang ditemui media pada Isnin lalu enggan membuka mulut tentang status rumah tangganya namun memberitahu masih sayangkan Shuk sebagai seorang rakan.

Pasangan itu berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dengan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2 tahun. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hasniey 27-7-2022 05:39 PM
Xpayah la...mungkin brpisah lagi bagus.anak pon xtension tgok mak merempan hari2.anak pon xmalu cerita dlm selimut bapak keluar socmed
Quote azimodin 27-7-2022 07:26 PM
Siapa suruh dia rujuk balik memang bodoh. I x faham la kenapa perceraian masih dianggap negatif di mata masyarakat. Kalau dah bapak usung perempuan sampai si ibu stress, anak2 pon boleh jadi stress jugak. Stop sugar coating toxic relationships dengan alasan demi kebaikan anak-anak.
Quote kitmal 27-7-2022 08:07 PM
saya setuju .....siapa yang suruh rujuk balik tumemang bodoh..sebab pandai cakap saja macam takda laki lain di dunia..cuba kena atas batang hidung sendiri berkali kali kena tipu....minta yang bagi pendapat tu cuba rasa...
Quote eyansss 27-7-2022 08:14 PM
5 tahun isteri menderita…  bodoh betul netizen penganut agama melayu ni tau…  islam bukan main menaikkan martabat wanita, tapi penganut agama melayu ni nak jugak ikut agama zaman jahiliyah…
Quote Perawankota 27-7-2022 08:27 PM
Rasa2 dia, masih berharta LG tak
Quote teen_angelJB 27-7-2022 09:12 PM
Hmmm..hastag kemain anak harta dunia akhirat...
Kalau tu betul harta ko...jaga la ngok...g buat kerja Haram buat perr..harammm jad tol mamat ni...
Quote beatgirlX 27-7-2022 09:13 PM
Ngek btul...x yah la rujuk ..
Doakan je dia kawen ngan Fara jua akhirnyaaa
Cepat Aminkannnn
Quote msdummy.2018 27-7-2022 10:26 PM
kitmal replied at 27-7-2022 08:07 PM
saya setuju .....siapa yang suruh rujuk balik tumemang bodoh..sebab pandai cakap saja macam takda la ...

Sb yg suruh rujuk balik tuh xkena mcm diaorg ni kena...atau may be pernah kena..tp sb tok laki kaya nk mati, trpksa hadap jua demi nk tuntut hak katanyaaaaa
Quote gideoncross 27-7-2022 10:36 PM
azimodin replied at 27-7-2022 07:26 PM
Siapa suruh dia rujuk balik memang bodoh. I x faham la kenapa perceraian masih dianggap negatif di m ...

Llaki mahupun prmpuan, klau relationship dh toxic, baik blah je lh x kira muda ataupn tua. Semak tngok org yg cmni tpi asek nak brtahan ats alasan anak, iol respek je jiran iol yg dh brkhwin dgn istri bru sbb yg lama mmg toxic, la ni istri tua dh pndai diam, klau dlu asek potpet mmanjang.
Quote akuMNdia 28-7-2022 06:56 AM
4 thn mencurang ko suruh org tu rujuk balik dgn ex wife dia??
bongok to the max la org tu..
Quote Suchi 28-7-2022 07:44 AM
Netizen suka bebenor masuk campur hal umahtangga orang.
Takyah la nk suh org tu rujuk balik ke apa, pandai2 la dorang buat keputusan sendiri.
Kalau rujuk balik tp si laki asik duk ulang wat pangai sonok ke?
Elok2 bini dah kuruih dan berseri2 jadi serabai balik dek hadap pangai laki yg tak matang2.
Quote anilanil 28-7-2022 07:49 AM
Baik suruh nikoh dgn fara pelakor je la. Lelaki baik utk perempuan yg baik & vise versa. Bagi la peluang dia nak jadi binik retis even dah sendu janji retis. Dia pon teringin nak sebaris dgn sari yanti, bini2 rahim, syahirah jitra, etc.
Quote makneng 28-7-2022 07:57 AM
Mcm biasa lah…netizeng yg tak move on
Quote Purplehaz 28-7-2022 09:55 AM
nak rujuk balik pun boleh..(mungkin somi ni bukan kaki pukul, syg anak, nafkah x culas). and kalau sanggup bermadu..terima poligami.
tapi nak tutup buku rapat rapat..lagi elok..jaga mental sendiri. build life baru.
Quote cikatilia 28-7-2022 09:58 AM
semak betul la org yg suruh kawin balik tu
mintak depa pi nikah dgn shuk aje senang
Quote nanasno 28-7-2022 10:14 AM
ko sapa netizen nak suruh2. dah curang kongkek bekali2 dera mental bini nak soh rujuk. memang bodoh. spisis pempuan drama pukul 7 soh terimaaa ja apa laki buat.
Quote ice98 28-7-2022 11:04 AM
semoga Sera kuat utk teruskan hidup tanpa jantan bernama Shuk Sahar tu... jgn sia2kan idup... move on, harap dapat jodoh yg terbaik lps nih... shuk tu mmg rase konek die powerful sgt tu.... tp itu jam duit berkoyan... skrg tgk la...
Quote izat123 28-7-2022 11:15 AM
Suchi replied at 28-7-2022 07:44 AM
Netizen suka bebenor masuk campur hal umahtangga orang.
Takyah la nk suh org tu rujuk balik ke apa,  ...

Tah. Bukan diorang hidup dalam rumah tu pun. Yang nak menghadap nanti isteri dia jugak. Ummah melayu suka sangat tentukan hidup orang.
Quote nJakzz8905 1-8-2022 09:25 AM
Buatlah yg terbaik.. Sbg netizen hanya mampu mendoakan.. Baik or buruk pilihan yg kita buat tu, pasti ada hikmahnya..????????????????????(Dah macam ustaz2 la plak)

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.068393 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top