CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

RM1,500 Untuk 1 Jam Persembahan, Datuk Jeffrydin Kecewa Dengan Nilai Bayaran

27-7-2022 05:58 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4625| Komen: 46|Original author: Tatod

Sumber Harian Metro


Penyanyi, Datuk Raden Jeffrydin Raden Imbromsoekaman atau lebih dikenali sebagai Jeffrydin mengakui kecewa dengan sikap penganjur yang mahu membayar harga murah untuk persembahannya.

Katanya menerusi temu bual bersama Harian Metro, adalah tidak masuk akal apabila dia hanya ditawarkan sebanyak RM1,500 untuk satu jam persembahan.

"Memang ada penganjur yang nak bayar murah kepada saya. Saya cakap dengan mereka, kau tengoklah aku dari atas sampai bawah. Selama 60 tahun berjuang, tergamak kau nak bayar aku jumlah itu. Saya cakap terus-terang, kalau tahu saya dan kenal saya, anda tahulah berapa harga saya.


Jeffrydin ketika masih muda

"Itu harga waktu saya mula-mula aktif dulu. Saya rasa sedih kerana tak baik mereka buat begitu. Saya berjuang dari Singapura hingga di Kuala Lumpur dan seterusnya Indonesia. Mereka tak pernah tawarkan harga serendah itu," katanya penyanyi yang mencipta nama sejak 1960-an itu.

Menurut Jeffrydin, tawaran berkenaan juga adalah untuk acara besar dan harga berkenaan memang tidak berbaloi.

Seandainya terus-menerus ditawarkan dengan harga sebegitu, penyanyi popular era lagu Pop Yeh Yeh itu lebih rela tidak menerima sebarang tawaran menyanyi.


Dalam pada itu, sebaik sahaja isterinya, Datin Rashidah Abdullah mendengar perkara tersebut, dia meminta agar hal itu diserahkan kepadanya.

"Penganjur ini pula tak berani nak berurusan dengan isteri saya. Dia memang seorang yang tegas. Saya memang letakkan harga berpatutan untuk sejam persembahan bersama band pengiring.

"Saya tahu letak diri saya di mana. Mereka nak banding-bandingkan saya dengan artis baharu dan saya tak nak begitu. Saya nak berjuang kerana seni," katanya yang popular dengan lagu Seruling Anak Gembala. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sleepandream 27-7-2022 09:03 PM
hihi... zaman pop yeh yeh mendonia dolu arwah p. ramlee pun tak boleh cari makan...
Quote badai 27-7-2022 09:22 PM
kalau dgn band tu mmg murah sgt ler...
Quote akuHavocczz 27-7-2022 09:26 PM
Okay lah tu kot sejam. Ramai rakyat marhean sebulan 1.5K
Quote nafham 28-7-2022 03:06 AM
Take it or ready to be forgotten je lah. If you need the money, take the job or else be ready to be called whoareyus oleh young generation. Kau ingat kau whitney huoston nakborg ingat kau spjg zaman? The reality is you are no where near. Your own popularity back then sama level dgn aiman tino je, one time wonder for short span of period. So again, take it or be ready to be forgotten. Ahgittew
Quote she 28-7-2022 03:28 AM
akuHavocczz replied at 27-7-2022 09:26 PM
Okay lah tu kot sejam. Ramai rakyat marhean sebulan 1.5K

Macik menyukai komen ini
Quote stingergrumpy 28-7-2022 07:22 AM
nafham replied at 28-7-2022 03:06 AM
Take it or ready to be forgotten je lah. If you need the money, take the job or else be ready to be  ...

Barang tak bernyawa macam keta(vintage) kita sanggup bayar berkali ganda dari harga asal kheunz? Sanggup berbidding bagai.. .tapi kalau Setakat yg bernyawa ini...you take it or we will find others.....

Ahakzzzzz

Quote hangdenim 28-7-2022 07:25 AM
nafham replied at 28-7-2022 03:06 AM
Take it or ready to be forgotten je lah. If you need the money, take the job or else be ready to be  ...

Setujusss. Artis/celebs/influencers ni kalau rasa payment offer tak worth it reject jer ler. Takyah nak bitching bout it. Biz pun surviving out there.
Quote stingergrumpy 28-7-2022 07:30 AM
hangdenim replied at 28-7-2022 07:25 AM
Setujusss. Artis/celebs/influencers ni kalau rasa payment offer tak worth it reject jer ler. Takya ...

Promoter /organizer show pun atas alasan ini juga ler(time is bad, budget kecik, show amal)yg akan ambil kesempatan keatas retis.....
Quote redz85 28-7-2022 07:56 AM
jadi berapa harga yang dia terima?

untuk datuk 75 tahun, dah lah tak yah nyanyi.. bila bila boleh mati
Quote stingergrumpy 28-7-2022 07:57 AM
redz85 replied at 28-7-2022 07:56 AM
jadi berapa harga yang dia terima?

untuk datuk 75 tahun, dah lah tak yah nyanyi.. bila bila boleh m ...

Ko ada sign kontract keww redz?.....yg ko still have long way to go(matinya)?
Quote mrsamz 28-7-2022 08:02 AM
Dia ni legend pop yehyeh laa..yg korang nak bitter sgt pasal 1500 gaji marhaen laa..pasal take it or leave it la..get ready to b forgotten laa..kejadahnyerr..nampak bebeno uolls jiwa hitam berkarat..dia ada follower byk negara bukan kat malaysia je..bukan jaguh kampung dek non..wajarlah dia demand sebegitu...
Quote ashilalat 28-7-2022 08:15 AM
nafham replied at 28-7-2022 03:06 AM
Take it or ready to be forgotten je lah. If you need the money, take the job or else be ready to be  ...

Sama level dengan aiman tino? Ko lahir 2011 ke dek?
Quote stingergrumpy 28-7-2022 08:16 AM
mrsamz replied at 28-7-2022 08:02 AM
Dia ni legend pop yehyeh laa..yg korang nak bitter sgt pasal 1500 gaji marhaen laa..pasal take it or ...

Aku yakin dalam dia ' demand' iteww atas pertimbangan yg munasabah.....dan bagi aku its quite fair utk dia berbuat demikian....dan aku juga jika  sebagai organizer tidak mahu melihat retis jemputan aku yg datang utk buat persembahan dimajlis aku atau any of the konsert yg aku anjurkheun dlm uker kelam...

At the end of the day bak kata anak jiran aku yg 3 tahun....bila kita mudahkheun urusan org lain dgn buat deal yg munasabah dan beri kegembiraan pada retis jemputan kita...Tuhan akan memudahkheun urusan kita....sebagai penganjur.....

Simple..analogi
Quote mrsamz 28-7-2022 08:24 AM
ashilalat replied at 28-7-2022 08:15 AM
Sama level dengan aiman tino? Ko lahir 2011 ke dek?

Bodo kan? Aiman tino pun sendu di angin lalu
Quote mrsamz 28-7-2022 08:28 AM
stingergrumpy replied at 28-7-2022 08:16 AM
Aku yakin dalam dia ' demand' iteww atas pertimbangan yg munasabah.....dan bagi aku its quite fair ...

Ye la..nak bawak band sekali main music..mana logic 1500..kecimpret betul
Quote cicicumel 28-7-2022 08:30 AM
Kesian. Klu dgn band 5 org.sorg dpt la 300 sejam. Not bad actually but dia ckp event tu besar, bkn funfair. X lojik 1.5 je.
Quote stingergrumpy 28-7-2022 08:35 AM
mrsamz replied at 28-7-2022 08:28 AM
Ye la..nak bawak band sekali main music..mana logic 1500..kecimpret betul

Its about budaya memperlekehkheun penggiat seni.....IGNORANT AND DISRESPECTFUL...

Period
Quote danieladam 28-7-2022 08:50 AM
stingergrumpy replied at 28-7-2022 08:35 AM
Its about budaya memperlekehkheun penggiat seni.....IGNORANT AND DISRESPECTFUL...

Period

Oh my god..apa yg iols baca kat sini ni? Mcm x percaya pula

Budaya memperlekehkan penggiat seni adalah IGNORANT AND DISRESPECTFUL?
Quote stingergrumpy 28-7-2022 08:53 AM
danieladam replied at 28-7-2022 08:50 AM
Oh my god..apa yg iols baca kat sini ni? Mcm x percaya pula

Budaya memperlekehkan penggiat  ...

You have better terms?

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.056668 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top