CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Pulanglah Zal,"- Ras Adiba Kongsi Kenangan Menyentuh Hati Bersama Zalina Azman

27-7-2022 12:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3069| Komen: 17

Senator Datuk Ras Adiba Radzi tidak pernah putus harapan dalam usaha mencari sahabat baiknya iaitu bekas personaliti TV3, Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.


Gundah dengan keadaan Zalina yang masih belum ditemui, Ras Adiba meluahkan kerinduan terhadap sahabatnya itu dalam sebuah video meruntun jiwa di Instagram miliknya.

Foto: IG

Mengimbau kenangan bersama, Ras Adiba memberitahu dirinya berasa kosong apabila berada di tepi pantai kerana ia adalah salah satu lokasi kegemaran Zalina.

"Zal (Zalina) ingat masa kita selalu lepak tepi pantai, awak cakap sangat suka laut dan deruan ombak.


"Kini saya berada di tepi pantai, namun Zal tidak ada bersama. Pulanglah. Tolonglah pulang," katanya.



Dalam video berkenaan, Ras Adiba memberitahu beliau sudah berhari-hari berusaha menjejak Zalina sejak berita kehilangannya tersebar namun masih belum mendapat sebarang petunjuk.

"Sudah berhari-hari saya mencari awak, di bawah jambatan, tepi jalan, di perhentian bas. Semua tempat saya pergi akan cari awak.

"Zal di mana? Baliklah Zal. Kami semua rindu dan risaukan Zal," ujarnya.



Dalam satu temubual bersama mStar sebelum ini, Ras Adiba memberitahu telah menjalankan misi mencari Zalina bermula dengan sekitar kawasan rumah penyampai program Money Matter itu yang terletak di Seksyen 3, Shah Alam.

Tidak terhenti di situ, Ras Adiba juga cuba meluaskan pencarian di sekitar Bangsar yang merupakan lokasi pejabat lama ketika mereka sama-sama berkhidmat sebagai penyampai di TV3.




Laporan kehilangan Zalina atau nama sebenarnya Zalina Shaharah Azman, 58, dibuat oleh anaknya Mikhael Norman, pada 29 November tahun lalu selepas cubaan menghubungi sejak 24 November bagi memaklumkan bapanya dimasukkan ke hospital gagal.



Berita ini turut mendapat perhatian orang ramai yang melaporkan penemuan wanita mirip Zalina namun setakat ini masih menemui jalan buntu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 27-7-2022 12:40 PM
Babi la retis kaki capub semua ini ingat makcik yang korang cari tu baca Instagram korang ka kalau dia sendiri pun socmed tak aktif (ka lansung tiada?) katanya.
Quote msdummy.2018 27-7-2022 12:41 PM
Cik wartawan, kat benang sebelah kan ada ckp dah jumpa..cuba cik wartawan g seldik info tuh dulu, siasat and br buka benang baru ok? Xpyh nk recycle2...forrumers dh tlg feed info, cik waratwan p sahkan betul ker idok
Quote jalfa 27-7-2022 12:44 PM
Berapa thread dah acik ras tunggang tentang  kehilangan zallina  ni.
Quote asfaz 27-7-2022 12:55 PM
msdummy.2018 replied at 27-7-2022 12:41 PM
Cik wartawan, kat benang sebelah kan ada ckp dah jumpa..cuba cik wartawan g seldik info tuh dulu, si ...

Oo dah jumpa ye. Berapa hari dah tak masuk benang sini..zasssss nak masuk
Quote Incanto 27-7-2022 01:39 PM
mcm cringe sgt aku nak dgr sampai habis

sori kaka Deeb
Quote winky1 27-7-2022 01:57 PM
Why insta tu dwi bahasa....
Quote bulalof 27-7-2022 02:07 PM
semua pakat2 mcm caring sgt kat Zalina Azman ni. terkeluar semua gambar2 dan video bersama org hilang ni.

hakikatnya ketika zalina azman ada sebelum hilang takde siapa pun pedulikan beliau.
Quote buragazz 27-7-2022 02:18 PM
Kat tik tok ada budak buat video pasal pembaca2 berita tahun 90 an TV3 dan tak dinafikan ZA paling best antara 10 yang ada dalam list tu..
Quote SherryZass 27-7-2022 02:26 PM
Anak & Keluarga ZA cari cara gini jugak ke? Ke diorang serahkan bulat-bulat kat pihak polis jah.
Quote prettyuglybabe 27-7-2022 03:10 PM
gambar yang pakai baju biru pink tu seiras dengan budak-budak feminin..
betapa kertunya i
Quote msdummy.2018 27-7-2022 04:09 PM
asfaz replied at 27-7-2022 12:55 PM
Oo dah jumpa ye. Berapa hari dah tak masuk benang sini..zasssss nak masuk

Sahih ker idok...xtaulah temann
Quote Rogue98 27-7-2022 04:12 PM
Berapa banyak thread nak bukak?
Quote seri_mawr 27-7-2022 05:12 PM
lol lain benar ruper nya...ni klu iouls selisih pun idak la ku sangka itu ZA....
Quote Teru2Bozu 27-7-2022 05:13 PM
Benang rumah sebelah kata dah jumpa, tapi dirahsiakan demi maruah keluarga. Yih!
Quote Perawankota 27-7-2022 08:15 PM
Gmbr yg ZA duduk atas RAR tu klu tutup muka mesti org ingat budak2.. Dengan badan kecik mcmtu.

Apapon, klu dia masih hidup, harap dia muncul leraikan segalanya.. Tapi klu dia dah tak der, Harap2 adalah yang jumpa dia
Quote None68 27-7-2022 08:28 PM
Teru2Bozu replied at 27-7-2022 05:13 PM
Benang rumah sebelah kata dah jumpa, tapi dirahsiakan demi maruah keluarga. Yih!

Maruah apanya plak? Ada aib apa tu..
Quote reporter_kalut 4-8-2022 11:05 AM
Belom balik jugak

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.043144 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top