Pelbagai cara dilakukan ibu bapa memastikan anak menerima yang terbaik dalam semua hal. Terbaru, tular di media sosial Indonesia sebuah video memaparkan wanita ke sekolah anaknya untuk menanda tempat duduk di barisan hadapan kelas, lapor laman berita Suara.com.
Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @dunia_kaumhawa. Rakaman memaparkan wanita berkenaan membawa pita pelekat dan beg milik anaknya untuk diletakkan di atas sebuah meja. Dia menanda tempat duduk itu dengan meletakkan beg dan menampal pita pelekat di seluruh meja dan kerusi supaya tiada pelajar lain mengambilnya.
Kerusi itu pula dilekatkan pada meja supaya tidak boleh dipisahkan. Kedua-duanya diletakkan di barisan hadapan kelas supaya anaknya boleh menerima pelajaran dengan baik jika duduk di hadapan dan dekat dengan guru. Sumber: Kosmo
|
ketambangkang replied at 27-7-2022 04:48 AM
camtu sekali ehh..anak aku rabun jauh tp kena duduk blkg sekali, mintak ngn cikgu tukar duduk depan ...
ADVERTISEMENT