Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lalu, trend kopi dalgona yang dihasilkan sendiri di rumah menjadi fenomena dalam kalangan netizen.
Sejak kebelakangan ini, video-video memaparkan 'TikTokers' yang menikmati tiram mentah turut tular sehingga ia menjadi ikutan ramai. Namun, lain pula ceritanya di Facebook apabila wujud individu yang kurang senang dengan trend tersebut. Posting itu dikongsi menerusi Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini sehingga dihujani hampir 200 komen netizen.
Rata-rata netizen mengecam kenyataan itu yang dianggap riak dan tidak berakal. Untuk rekod, selain trend makan tiram mentah, hidangan kunafa dari Timur Tengah turut menjadi kegilaan ramai sehingga mendapat liputan mStar menerusi segmen Xpose pada 11 Julai lalu. Sumber: mStar
|
Meiizu replied at 27-7-2022 09:18 PM
Pengkelasan sosial ni bertujuan ekonomi & pentadibiran negara...sudahnya netizen mcm kasta yendia pl ...
Daripada Ibnu Abbas dan ‘Imran bin Hussain r.a, bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda: “Aku melihat ke dalam syurga, maka aku dapat melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada kalangan orang-orang fakir miskin. Dan (apabila) aku melihat ke dalam neraka, maka aku dapat melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada golongan perempuan.” (Hadis riwayat Muttafaqun ‘alaih)
Jika kita merenung kepada mafhum hadis di atas, bahawa ramainya orang miskin di syurga, maka ada sesuatu yang patut kita pelajari daripadanya. Iaitu, jika orang kaya mahukan syurga, maka mereka mestilah berhati-hati dalam mengendalikan harta kekayaannya. Misalnya, wajib dilunasi zakat hartanya, diringi pula sedekah kepada sesama manusia. Baharulah harta itu tidak menjadi bebanan di akhirat sana.
Dalam konteks yang lain, orang-orang miskin memang patut dianugerahi Allah SWT kelebihan di akhirat, kerana sejak di dunia lagi mereka sudah begitu banyak bersabar menahan ujian kesusahan. Mereka selalu kelaparan kala orang kaya kekenyangan, mereka hidup serba kepayahan kala orang kaya dalam dakapan kesenangan dan mereka banyak berkorban kala si kaya menikmati pelbagai kelebihan. Kita ambil contoh dalam majlis kenduri sahaja sudah memadai, siapakah dianggap VIP,si miskin atau si kaya?
Justeru, itulah senarionya di dunia ini. Si kaya hidup mereka sering diulit kemewahan; si miskin digayuti kesengsaraan. Maka tidak peliklah mereka diberikan ganjaran berupa syurga oleh Allah SWT, sebagai imbalan terhadap kesabaran mereka di dunia ini. Dengan syarat mereka menjadi si fakir yang taat dan si miskin yang ahli ibadat. Jika mereka taat, sabar dan kuat imannya, percayalah, mereka akan memasuki syurga Allah SWT 500 tahun lebih awal* berbanding dengan orang-orang kaya di dunia ini yang pasti sahaja banyak hisabnya di akhirat sana. Wallahua’lam.
* (Mafhum hadis riwayat at-Tirmizi daripada Abu Hurairah r.a).
Sumber: Utusan Jawi/05/07/2010
Meiizu: Pengkelasan sosial ni bertujua ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
26-4-2024 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.500083 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.