CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kenal Tak Sampai 24 Jam, Suami Orang Dicekup Khalwat Dengan Wanita Dalam Hotel

27-7-2022 10:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5471| Komen: 52

Kulim: Baru berkenalan tak sampai 24 jam, seorang lelaki berstatus suami orang dicekup berkhalwat dengan seorang wanita di sebuah hotel di daerah ini, malam tadi.


Pasangan itu dipercayai berkenalan melalui aplikasi media sosial sebelum dicekup khalwat oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) ketika berdua-duaan dalam sebuah bilik hotel berkenaan pada 10.15 malam.

Ketika serbuan dilakukan, lelaki itu ditemukan bersembunyi di bawah katil untuk mengelak dicekup pihak berkuasa, namun gagal.


Foto: Harian Metro

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Shariffudin Mat Saad berkata, lelaki berusia 24 tahun itu dipercayai datang dari Perak kerana mempunyai urusan kerja sebelum bertemu dengan wanita berkenaan.


Beliau berkata, pemeriksaan mendapati, pasangan itu gagal menunjukkan sebarang dokumen membuktikan mereka mempunyai hubungan pasangan suami isteri atau mahram.

Foto: Harian Metro
"Mereka kemudian dibawa ke balai polis untuk dibuat laporan tangkapan sebelum diambil keterangan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014.

"Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya ketika dihubungi hari ini.

Anwar Shariffudin berkata, pihaknya akan melakukan pemantauan terutama di kawasan hotel yang disyaki menjadi tumpuan pasangan yang tiada ikatan suami isteri atau mahram untuk menyewa di daerah itu untuk membanteras kegiatan maksiat. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BelovedTaeyeon 27-7-2022 10:10 AM
swinger utara?

Quote adiyon84 27-7-2022 10:11 AM
Astaga
Quote prettyuglybabe 27-7-2022 10:50 AM
tengok tajuk macam dah agak mesti kat kedah
Quote dua_chzy 27-7-2022 10:51 AM
Kedah ni memang orang2nya kuat kongkek haram (walau bekas jajahan PAS) atau pejabat agama amal maaruf nahi mungkar simply too hyperactive carik rakyat berzina kat sana?
Quote hareeeesah 27-7-2022 01:17 PM
dua_chzy replied at 27-7-2022 10:51 AM
Kedah ni memang orang2nya kuat kongkek haram (walau bekas jajahan PAS) atau pejabat agama amal maaru ...

Haahahaa.. orang kedah mai explain sat
Quote awanysss 27-7-2022 01:32 PM
dua_chzy replied at 27-7-2022 10:51 AM
Kedah ni memang orang2nya kuat kongkek haram (walau bekas jajahan PAS) atau pejabat agama amal maaru ...

aku pilih yg kedua tu..
kat johor sini mcm bolayan kan je khalwat2 ni aku rasa..
KL selangor pun sama kot..
Quote black_handbag 27-7-2022 01:34 PM
yang pegi hotel murah tu kenapa. kan dah kena ambush

invest la sikit gi hotel mahal. aku bukan menggalakkan tp nak elak kena ambush gitulah kan?
Quote green~tea 27-7-2022 01:34 PM
Kulim.. hahahahha
Quote Gomea 27-7-2022 02:29 PM
Awat tak pi penang je? Kulim dgn penang bukan jauh pon. Ke kat penang pon jabatan agama depa aktif gak?
Quote insulin 27-7-2022 02:36 PM
Laki orang ni memang selalunya terlebih gatal mengalahkan lelaki bujang, kan?
Quote aina_shaira 27-7-2022 02:40 PM
green~tea replied at 27-7-2022 01:34 PM
Kulim.. hahahahha

You punya bff yang kuat beromen tak pernah kena tangkap basah ke
Quote pejol 27-7-2022 02:50 PM
laki org outstation..on wicet look people nearby
Quote green~tea 27-7-2022 02:52 PM
aina_shaira replied at 27-7-2022 02:40 PM
You punya bff yang kuat beromen tak pernah kena tangkap basah ke

Choyyy bffff....

Dia tak check in hotel kot.. sengkek
Quote green~tea 27-7-2022 02:53 PM
insulin replied at 27-7-2022 02:36 PM
Laki orang ni memang selalunya terlebih gatal mengalahkan lelaki bujang, kan?

Laki bujang malu2... last2 laki orang jugak terlebih advance...
Quote insulin 27-7-2022 03:06 PM
green~tea replied at 27-7-2022 02:53 PM
Laki bujang malu2... last2 laki orang jugak terlebih advance...

Biasalah. Orang bujang ni kan ramai yang pemalu.
Quote Radzor 27-7-2022 03:46 PM
Mufti Perlis Kecewa dedah maksiat tertutup maksiat terbuka dibiarkan
Ahad, 02 November 2008 12:00 AM
Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang terkenal dengan kritikan lantang, kecewa dengan sikap penguat kuasa agama yang lebih gemar "mendedahkan perbuatan maksiat tertutup namun membiarkan perbuatan maksiat terbuka."

"Amatlah duka cita jika penguat kuasa agama ada masa yang cukup untuk pergi mengintip, memecah pintu milik peribadi orang lain bagi memastikan maksiat wujud ataupun tidak.

"Namun dalam masa yang sama tiada masa untuk menghentikan suami yang zalim memukul isteri yang sudah berulang kali membuat aduan, tidak cukup masa untuk menyelesaikan kes-kes kezaliman rumah tangga dan seumpamanya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam penulisan terbarunya yang bertajuk Bila yang nyata dibiar, yang tersembunyi dicari yang disiarkan menerusi lawan web peribadinya www.drmaza.com dan akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

Katanya, Islam memang mengharamkan zina dan maksiat seks, namun Islam juga mengharamkan mendedahkan aib (keburukan) orang lain yang bersifat peribadi dan tidak mengancam keselamatan awam dan pelaku berusaha menutupinya.
Quote encikWawad 27-7-2022 03:49 PM
gamak one night stand kat  hotel murah2
g la sewa homestay
Quote ChildrenOfBodom 27-7-2022 03:50 PM
hareeeesah replied at 27-7-2022 01:17 PM
Haahahaa.. orang kedah mai explain sat

hat jantan dalam news ni orang perak,

hat betina kena check IC
Quote hareeeesah 27-7-2022 04:25 PM
ChildrenOfBodom replied at 27-7-2022 03:50 PM
hat jantan dalam news ni orang perak,

hat betina kena check IC

Ya ka?  Dia igt pi negeri sebelah tak kantoi la ni. mendapat la hangpa

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.195136 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top