Sering tampil berlakon dalam nakshah komedi, Mark Adam mengakui sudah lama menyimpan hasrat untuk menjayakan watak serius.
Menerusi laporan Berita Harian, kata penyanyi dan pelakon itu, dia berharap agar diberikan peluang untuk memegang watak sebagai 'villain'.
"Baru-baru ini, saya ada jayakan drama Bisik-Bisik Gelora. Kita tahu, apabila drama itu ditayangkan di slot Akasia, ia drama berat.
"Saya jayakan watak serius tetapi masalahnya, apabila saya buat adegan serius, pengarah gelak. Bila pengarah ketawa, saya senyum.
"Tapi, saya boleh belajar untuk bawa watak serius. Saya pernah beritahu kawan-kawan, impian saya adalah untuk menghidupkan watak penjahat. Itu adalah perkara yang ingin saya cuba," katanya.
Dalam pada itu, Mark turut menghargai pengalamannya sebagai penyampai radio bersama Hot FM walaupun hanya selama enam bulan.
Pemilik nama sebenar, Fikri Mark Adam Abdullah itu berminat untuk meneruskan kerjaya sebagai penyampai radio kerana dari kerjaya itulah yang dapat membantunya menguasai bahasa Melayu.
"Kalau ada tawaran, saya terbuka kerana sukakan kerjaya itu. Matlamat saya untuk memperbaiki bahasa Melayu. Sebelum ini, selama enam bulan ketika di Hot FM, penguasaan bahasa Melayu saya bertambah baik kerana saya banyak membaca," katanya. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My