Pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi percaya bekas personaliti TV, Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu berada dalam keadaan sihat dan memiliki masalah peribadi.
Aznil berkata, dia berharap Zalina dapat munculkan diri dan akan bersama-sama membantu segala masalah yang dihadapinya. "Lama kami tunggu Zal (panggilan Zalina) dan Paknil percaya Zal sihat. Zal ada masalah kecil je, kalau ada masalah kecil, semua masalah boleh diselesaikan. "Kalau ada masalah kesihatan, semua masalah kesihatan ada ubatnya. Kawan-kawan akan bantu Zal. Balik ye Zal," tulisnya dalam satu hantaran video di Instagram.
Menurut Aznil, dia menyeru Zalina kembali ke pangkuan keluarga dan rakan-rakan segera. "Zal mungkin ada di luar.... Dalam apa keadaan sekalipun Zal perlu kembali ke pangkuan keluarga dan kawan-kawan. Kami semua cari Zal. Ingat Paknil? Zal tak panggil Paknil tapi panggil Anil. Kami rindukan Zal. "Pada siapa yang terjumpa Zal atau Zal sendiri yang tertengok video ini... pulang Zal.. Jom kita buat majlis dan berjumpa dengan kawan lama di TV3. "Kita bantu kalau Zal ada masalah, tak kira apa. Kita dulu kawan dan dah anggap macam adik-beradik,"katanya. Setakat hari ini, Polis belum mendapat sebarang petunjuk baharu untuk membantu siasatan dalam usaha mengesan Zalina. Malah Polis juga tidak menolak kemungkinan kerja pengubahsuaian rumah bekas personaliti itu juga sudah lama dilakukan, sebelum beliau dilaporkan hilang. Media sebelum ini melaporkan polis sedang giat mencari Zalina, 58, yang dilaporkan hilang selepas anak lelakinya, Mikhael Norman, 33, gagal menghubungi beliau sejak 24 November 2021 bagi memaklukan bahawa bapa personaliti televisyen itu dimasukkan ke hospital. Sumber: Harian Metro
|
AcikBuncit replied at 26-7-2022 02:14 PM
Zal ni mmg jns xbcmpur dgn fmily ke. Acik plg xleh brain cane anak pn xbhbung ngn dia. Kontek pn sbb ...
AcikBuncit replied at 26-7-2022 06:14 AM
Zal ni mmg jns xbcmpur dgn fmily ke. Acik plg xleh brain cane anak pn xbhbung ngn dia. Kontek pn sbb ...
TabletSusu replied at 26-7-2022 03:34 PM
speku sy lah kan acik.. mungkin ada anak2 kontek dia sblm dia hilang. lpstu mungkin dia merajuk ke ...
AnnaSendin replied at 26-7-2022 04:41 PM
Datuk Fakenailed! Semua isu heshe nak mencapub ala2 heshe paling akrab. Fonen2 memang pandai berlako ...
ADVERTISEMENT