Sejak kebelakangan ini ramai yang berasa pelik dengan perkongsian penyanyi Ning Baizura di Facebook Story miliknya yang memuat naik gambar wanita dalam keadaan separuh bogel.
Pada awalnya, ada menyangka penyanyi lagu Awan Terpilu tersebut menjual pakaian dalam wanita namun mula berasa pelik kerana Ning tidak pernah memaklumkan apa-apa mengenainya sama ada di Facebook atau pun Instagram. Bercakap kepada mStar, Ning berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara itu minggu lalu ketika sedang giat menjalani latihan persembahan bersempena Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MiFFest).
"Minggu lepas ketika saya sibuk membuat latihan MiFFest, tiba-tiba ada orang hantar gambar ini. "Saya sebetulnya tidak ambil pusing kerana ketika itu banyak perkara lain perlu saya lakukan seperti menghafal lirik dan sebagainya," katanya. Untuk rekod, Facebook itu dibuka sejak Oktober 2008 dan mempunyai 200,000 pengikut dengan kemas kini akaun itu pada Mei tahun ini. Dalam pada itu, Ning menjelaskan dia tidak pernah mempunyai sebarang akaun rasmi atau pun kelab peminat di Facebook malah peminat setianya mengetahui tentang perkara itu. Atas dasar itu juga, Ning meminta peminat atau orang ramai tidak terperdaya atau memberi sebarang maklum balas terhadap akaun itu agar tidak menjadi mangsa penipuan. "Peminat yang lama mengikuti perkembangan saya, mereka tahu saya tiada sebarang akaun rasmi atau kelab peminat di Facebook. "Segala komunikasi dilakukan di Instagram sama ada bersama keluarga, rakan-rakan dan peminat. "Individu tidak bertanggungjawab itu sudah hampir setahun melakukan perkara itu. Saya tidak pernah ada sebarang akaun Facebook," jelasnya. Pun begitu, Ning tidak berniat untuk memanjangkan isu berkenaan atau pun mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap pemilik akaun berkenaan. Jelas Ning, dia enggan membuang masa dengan menghabiskan masa dan tenaganya untuk perkara-perkara remeh.
|
Terbeliak Tengok Ning Baizura Muat Naik Gambar Wanita Seksi, Separuh Bogel Di FB
tomiko_haza replied at 26-7-2022 11:54 AM
sampai hati bergambar terdedah mcamtu and cakap alhamdulillah..tk rase berdosa ke huhuhu
tomiko_haza replied at 26-7-2022 11:54 AM
sampai hati bergambar terdedah mcamtu and cakap alhamdulillah..tk rase berdosa ke huhuhu
cruz2 replied at 26-7-2022 12:49 PM
Sama.tu perkara pertama terlintas di hati acik
uori replied at 26-7-2022 01:25 PM
seksi tetap seksi, alhamdulillah dilupa jangan
noell replied at 26-7-2022 01:15 PM
alhamdulillah la pasai takdak kedut takdak panau ka kurap ka takdak jerawat kt badan kulit floles ...
ADVERTISEMENT