CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bekas Suami Buruk Siku Minta Semula Barang Kemas Sebab Nafkah Anak

25-7-2022 10:26 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1811| Komen: 7

Description: Gara-gara tidak berpuas hati gaji dipotong untuk nafkah anak, seorang bekas suami tergamak meminta semula hadiah kahwin berupa barang kemas.Itu yang diceritakan peguam syarie, Fahmi Ramli berhubung pe ...
Gara-gara tidak berpuas hati gaji dipotong untuk nafkah anak, seorang bekas suami tergamak meminta semula hadiah kahwin berupa barang kemas.

Itu yang diceritakan peguam syarie, Fahmi Ramli berhubung persoalan diterima daripada wanita mengenai bekas suami menuntut semula hadiah kahwin seperti gelang emas, rantai, cincin dan sebagainya.


Gambar hiasan

Bekas suami itu tidak berpuas hati terhadap perintah nafkah anak dan gajinya dipotong setiap bulan masuk ke akaun bekas isteri.

“Bukankah nafkah anak ini wajib, jadi kenapa perlu ‘melenting’ sampai hendak jadi buruk siku?” katanya pada hantaran Facebook.


Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata, menuntut semula harta yang pernah diberi sebagai hadiah perkahwinan sepatutnya tidak boleh berlaku.

“Apa pun, beban kepada orang yang menuntut itu tetap ada. Bukan mudah hendak buktikan barang kemas sebagai harta sepencarian. Sudahlah bukti pemilikan pun susah hendak buktikan. Bukannya ada geran pun kalau beli gelang emas,” ujarnya.

Beliau menasihatkan supaya tidak perlu melibatkan isu nafkah anak dengan masalah peribadi.

Dalam pada itu, Fahmi turut menjelaskan persoalan sama ada boleh atau sebaliknya bekas suami menuntut semula barang kemas yang diberi sebagai harta sepencarian.




Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 25-7-2022 10:30 AM
Memang geli pun nak pakai. Patut jual ja buat beli beras.
Quote nolya 25-7-2022 10:49 AM
Decaffeinated replied at 25-7-2022 10:30 AM
Memang geli pun nak pakai. Patut jual ja buat beli beras.



Tak bolehlah cakap mcm tu. Emas perhiasan sangat sinonim dgn kaum wanita. Diberi hadiah oleh suami sudah menjadi hak isteri. Dianggap boleh dimanfaatkan untuk digadai demi nafkah, biarlah si isteri yg buat keputusan.  Tapi bukan paksa isteri menjualnya.
Quote Artemesiaa 25-7-2022 10:55 AM
Ramai tak tahu hukum tapi suka pulak buat hukum sendiri macam mana tak jadi macam ni
Quote faraway1 25-7-2022 11:00 AM
Tu pun nak minta balik, padahal boleh bagitau ex, nanti barang kemas wariskan ke anak, ni kalau lelaki berakal lah, yang ngok minta balik..
Quote Decaffeinated 25-7-2022 12:13 PM
nolya replied at 25-7-2022 10:49 AM
Tak bolehlah cakap mcm tu. Emas perhiasan sangat sinonim dgn kaum wanita. Diberi hadiah oleh sua ...

Kalau hati dah tak ada dengan dia buat apa nak pakai lagi. Bukan kah lagi menyakitkan? Jual lebih baik.

Quote jelitayu 25-7-2022 12:16 PM
jual je semua...pastu duit buat pegi enjoy dng anak2....jng dilayan jantan buruk siku mcm tu....
Quote prettyuglybabe 25-7-2022 12:27 PM
kalau i, i jual je pastu bagitau laki dah hilang..
tak pun beli je zhulian untuk ganti

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.050278 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top