Selain berdepan risiko kemalangan jalan raya, cuaca tidak menentu juga merupakan antara cabaran perlu dihadapi setiap pekerja perkhidmatan penghantaran (rider).
Kadangkala, terbit rasa serba salah dan kasihan apabila tidak sengaja membuat pesanan makanan sewaktu hujan, sekali gus seolah-olah tidak prihatin dengan situasi yang dihadapi rider. Namun, ada juga segelintir pelanggan yang tidak sensitif apabila membiarkan rider basah kuyup dalam tempoh agak lama di luar rumah. Perkongsian video pengguna TikTok, @naddyross mengenai situasi yang dihadapi seorang rider benar-benar menyentuh hati warga maya.
Menerusi video berdurasi 10 saat itu, kelihatan seorang rider lengkap berbaju hujan mundar-mandir di luar pagar sebuah kediaman berpagar ketika hujan lebat dan ribut petir. Menurut wanita berkenaan, dia yang tinggal berhadapan dengan rumah terbabit menyaksikan rider tersebut menunggu jirannya sekitar lima minit dalam hujan lebat. Terkesan dengan insiden tersebut, dia menitipkan nasihat kepada orang ramai agar lebih prihatin sekiranya membuat pesanan makanan. Sementara itu, rata-rata turut meluahkan rasa simpati terhadap nasib rider berkenaan selain mengecam sikap jiran wanita tersebut. Sumber: mStar
|
shernazz: Tidoq lettewKe tengah mengulit?Alert la.kalau dah order delivery food neh...Kita ni kalau nak ke toilet pung siap pesan kat anak.kalau ada orang grab ...
gigahertz replied at 26-7-2022 01:04 AM
i kan pernah hantar satu alamat kat pantai dalam.
penerima tu i call dia tak angkat. 5 minit lepas ...
gigahertz replied at 25-7-2022 05:04 PM
i kan pernah hantar satu alamat kat pantai dalam.
penerima tu i call dia tak angkat. 5 minit lepas ...
Racurve replied at 26-7-2022 02:37 PM
tak paham. apa maksud muka dia lain macam? yang terima barang tu perempuan betul ke hantu? cemana ...
gigahertz replied at 26-7-2022 01:04 AM
i kan pernah hantar satu alamat kat pantai dalam.
penerima tu i call dia tak angkat. 5 minit lepas ...
encikWawad replied at 27-7-2022 10:41 AM
aku rider 5 meint lagi nak sampai dah bersidai bawah opis /aptmt
takut sangat amik masa orang. sebab ...
ADVERTISEMENT