CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Telinga Anak Autisme Biru Dipiat, Ibu Dakwa Kena Dera Tapi Cikgu Bagi Alasan Tak Cukup Staf

25-7-2022 05:40 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2000| Komen: 18|Original author: Tatod

Description: Sejak kewujudan aplikasi media sosial, salah satu kes yang sering dikongsikan menerusi platform berkenaan adalah kes penderaan membabitkan kanak-kanak.
Keadaan kedua-dua telinga kanak-kanak berkenaan. (Sumber mStar)


Sejak kewujudan aplikasi media sosial, salah satu kes yang sering dikongsikan menerusi platform berkenaan adalah kes penderaan membabitkan kanak-kanak.

Terbaru, tular kisah seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun mengalami masalah autisme pula yang menjadi mangsa dera.

Menerusi sebuah hantaran di Facebook, ibu kepada kanak-kanak terbabit mendakwa anaknya didera di sekolah oleh seorang guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) menyebabkan lebam teruk pada kedua-dua belah telinga.


"Guru berkenaan bukan guru kelas dan guru subjek anak saya, cuma guru PPKI sekolah sahaja dan ini merupakan insiden kedua dilakukan oleh guru berkenaan terhadap anak saya. Guru berkenaan menyatakan tindakan beliau, disebabkan anak saya aktif hari berkenaan dan PPKI tak cukup staf untuk menguruskan murid PPKI pada hari berkenaan.

"Adakah masalah tidak cukup staf oleh pihak sekolah patut sehingga anak saya dijadikan mangsa penderaan beliau? Kenyataan guru berkenaan juga berbeza pada hari kejadian seolah-olah ingin mempertahan diri dari dikenakan tindakan. 

"Hasil pemeriksaan doktor, lebam ini adalah lebam teruk dan dikategorikan sebagai kes penderaan," tulis ibu kepada kanak-kanak malang terbabit.

Sumber FB

Kata ibu kepada pelajar itu lagi, anaknya sudah lima bulan berada di PPKI berkenaan dan sepanjang tempoh itu tidak ada sebarang makluman daripada pihak sekolah mengenai kelakuan anaknya yang agresif serta sukar dikawal.

"Anak saya sebelum masuk darjah satu PPKI terlebih dahulu menjalani EIP hampir tiga tahun, ST dan OT setiap minggu, kelas berenang, tuisyen membaca, follow up pakar tiga hospital kerajaan dan mendapati perkembangan positif anak.

"Kami sebagai ibu bapa pun nampak perubahan besar selepas anak saya mengikuti bertahun-tahun kelas berkenaan. Tiada sebarang laporan memaklumkan anak saya bermasalah tingkah laku membahayakan orang dan setiap hari selepas wakti persekolahan anak saya ke transit, tiada sebarang masalah tingkah laku yang dimaklumkan oleh pihak transit," coretnya lagi.

Sumber FB

Apa yang lebih mengecewakan, tiada penjelasan lanjut apatah lagi permohonan maaf yang diterima tetapi selepas kejadian ini pihak sekolah memaklumkan kanak-kanak berkenaan bermasalah dan menghina mereka bahawa usaha menghantar bersekolah hanyalah sia-sia.

"Pihak sekolah memaklumkan anak saya mempunyai masalah dan menghina kami sebagai ibu bapa menyatakan segala usaha kami bertahun-tahun hantar anak kami ke beberapa kelas sia-sia. Anak saya makin bermasalah dan menyatakan kelas-kelas berkenaan berbayar sebab itulah tidak ada complain.

"Kenapa selepas kes ini berlalu baru mempertikaikan segala usaha ibu bapa? PPKI tempat kebajikan untuk anak-anak OKU didera oleh guru? Guru-guru PPKI tiada bayaran gaji ke?

"Kes ini umpama anak saya dijadikan mangsa keadaan disebabkan tidak boleh bercakap untuk menceritakan keadaan sebenar yang berlaku. Kejadian berkenaan juga tiada saksi disebabkan waktu rehat. 

"Anak saya dijadikan mangsa keadaan untuk pihak sekolah menutup kes, untuk menjaga nama sekolah dan menjaga guru berkenaan dari tindakan," katanya.

Pada ruangan komen pula, ramai yang simpati dengan nasib yang menimpa kanak-kanak berkenaan dan menyarankan ibu terbabit membuat laporan polis selain memberikan sokongan agar wanita itu menegakkan keadilan untuk anaknya. - CARI










Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Omai 26-7-2022 09:33 AM
kesian kau dek..
Quote Shayang 26-7-2022 10:27 AM
Kesian, dah la non verbal mmg jadi mangsa lah sbb tak reti nak ngadu.

Harap takde plak yg komen hina budak ni gitu gini.
Setiap kali ada thread budak autisme mesti akan ada yg pi cerca dorang. Apa jenis hati perut daaa ko bengang ngn mana2 mak pak tu pi la marah kt dia.
Jgnla gi pukul rata luah dlm forum, ntah apa yg benci  sgt dgn anak2 autisme ni.
Jangan mengata sangat anak org takut berbalik kat kita sendiri plak.
Quote sarahmirza 26-7-2022 10:40 AM
Ala cikgu pun jadi cikgu sebab gaji, bukan sebab minat pun.... Sbb tu macam2 jadik kat budak2 sekolah yang polos gini...

Bertabahla kak...
Quote rospinki 26-7-2022 10:44 AM
aku bersyukur sgt masa anak yg autism tu sekolah rendah ad ajuga cikgu yg berhati mulia bersungguh2 ajar anak yg kurang sebgini. dari tak reti baca masa darjah 4 smpi masuk kelas atas. now sheol kt uni dah..still perangai tantrum tu tak ilang2 lagi tu yg kdg aku nk sumbat je dlm petiais. moga anak ku itu baik2 sja disana ..aamin.

Quote Thunderclouds 26-7-2022 10:55 AM
Menda gini wat aku pikir nasib ank aku tahun depan masuk pra. Dh apply for pra ppki. Xtau la dpt ke dak. Ngn non verbal nya. Xpandai urus diri. Susah hati stress tgk kes kelaku cikgu wat ginih kt budak2
Quote allshares 26-7-2022 11:44 AM
Siannya kt budak ni sampai lebam masti sakit sgt. Harap nasib terbela lah. Cikgu jahat tu sila kena stroke muka herot suka2 hati je dera budak.
Quote syamzana 26-7-2022 11:54 AM
benda ni berlaku kat bekas sek anak iols. kebetulan mak bdk ni ada dlm group swimming utk kanak2 autism. masa dia tnya apa perlu buat terkejut gak la i sbb masa anak i sek situ mmg baik2 je sume cikgu. tp tatau la kot ada cikgu baru masuk. nak je iols kepochi tnya nama cikgu sbb cikgu mmg xramai dan parent akan kenal sume cikgu lagi2 kalau anak dah drjah 5/6 gitu.
kesian la bdk ni, dah la baru masuk sek 7thn gegirl kalau tantrum pun x sekuat bdk laki tenaga dia.
pastu dpt kejian plak dari pihak guru ckp usaha parent buat itu ini (masukkan dia dlm mcm2 kelas) tak berbaloi.
cikgu tu katanya ada anxiety, dok makan ubat penenang. kalau keji mcm2 kan ckp kite as a parent suke side anak2 atas tiket oku. cara cikgu respon pun sgt tak meyakinkan. hrp dah jadi kes polis ni, disiasat la seadanya.
Quote Kurex 26-7-2022 11:54 AM
Shayang replied at 26-7-2022 10:27 AM
Kesian, dah la non verbal mmg jadi mangsa lah sbb tak reti nak ngadu.

Harap takde plak yg komen hin ...

Selalu gitu la sister.. kalau benang berkaitan budak, acik2 porumer suka kutuk mak bapak & budak tu sekali macam anak acik2 porumer sempurna sangat2 dah. Macam dah yakin bahawa anak deols betul2 jadi contoh manusia terbaik utk sekalian alam. Tapi iols jenis tak ambik pusing sgt walau sedikit sebanyak terasa.. iols layankan jah supaya tak bergaduh mcm sebelum2 ni
Quote syamzana 26-7-2022 11:59 AM
Thunderclouds replied at 26-7-2022 10:55 AM
Menda gini wat aku pikir nasib ank aku tahun depan masuk pra. Dh apply for pra ppki. Xtau la dpt ke  ...

doa je la byk2 u. kdg2 bila diluar pandangan kita mmg takleh buat apa.
i pun dari anak tadika smpai la skrg sek men ni baru la ok sikit. mcm2 hal jadi, kdg2 kene panggil ngan cikgu tiap2 mgu. dah tukar ppki sek bdk ni, alhamdulillah mmg ok. tp anak i masuk ppki pun dah drjah 4 dan dia mild autism. blh cerita itu ini apa jadi kat sek tu pun kdg2 mai mood swing dia terbabas jugak
i doakan dipermudah urusan uols+anak masuk sek nanti
Quote Thunderclouds 26-7-2022 02:11 PM
syamzana replied at 26-7-2022 11:59 AM
doa je la byk2 u. kdg2 bila diluar pandangan kita mmg takleh buat apa.
i pun dari anak tadika smp ...

Oh..ya kan. Kaka ada ank bujang dh kan? Jaauuhhh lg perjalanan iols truth is dlm sedih2 ank kecik iols mcm tuh,i bsyukur sbb keliling2 i ujian depa lg berat eg,lahir2 sampai la hospital tu dh jd umah no 2,ada yg lahir2 sempurna mmg buah hati ibuAyah tup2 bila dh akil baligh atas sbb medical negligence jd oku. I don't think I'm strong enough kalo kna uji gituh tq fr ur doa amin3 yra
Quote hashashes 26-7-2022 04:32 PM
Ada anak sedara aku non verbal jugak parents dia berduit so 7 tahun anto sekolah private. Tak masuk skolah gomen. Takut jadi cam kes ni lah kot
Quote Shayang 26-7-2022 04:34 PM
Kurex replied at 26-7-2022 11:54 AM
Selalu gitu la sister.. kalau benang berkaitan budak, acik2 porumer suka kutuk mak bapak & budak t ...

Kan.. ntah ya tidak terpaling sempurna.
Kat forum boleh la membongak sbb orang tak kenal tu yg sesedap rasa ngata anak2 orang.
Quote jalfa 26-7-2022 04:36 PM
Kesianya dek..bebudak ppki kalo kena sajak elok diorg boleh je bergaul dgn budak biasa.kelas anak aku ad sorang budak ppki autism.rajin tapi suka cakap sorang sorang.cakap dgn pembaris la...tp cerdik jugak boleh bersaing dgn bebudak normal.yg cekgu pon apesal ko jd cikgu ppki kalo emosi sendiri x mampu kawal..setan bertopeng cekgu
Quote tumpanglalu74 26-7-2022 04:48 PM
syamzana replied at 26-7-2022 11:54 AM
benda ni berlaku kat bekas sek anak iols. kebetulan mak bdk ni ada dlm group swimming utk kanak2 aut ...

Cekgu yang terjegel2 mata kat Tiktok tu ape komen dia ye?
Quote Flake123 26-7-2022 04:49 PM
Member aku pernah keja kat pusat jagaan anak2 autism n down syndrome. Pusat ni swasta n nampak propesenel la jugak. Heshe said staff situ suka marah2 and didik the kids dgn kasar. Kadang wonder why diorang ni masuk bidang ni kalau dalam hati takde taman
Quote zonan4 26-7-2022 05:04 PM
aku kalau jadi parent budak tu... senang aku tumbuk je cikgu tu... setel.... mainla... lepas tu mintak la maap
Quote felinecat 26-7-2022 06:18 PM
cikgu pendidikan khas bukan ke terlatih, dah tau nak mengajar pendidikan khas, tp bersedia ke??? elaun pon lebih dari cikgu biasa kan???
Quote zehra2 26-7-2022 06:31 PM
Alhamdulillah budak ppki sekolahku aman2 je.
naib ydp pibg kita org pun ada anak kt ppki sini. dia pensyarah kolej komuniti.
mmg ppki masuk kategori ts25 skolah kami. ada lawatan dan pemantauan nazir

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.070187 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top