CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kita Di Sini Chill Sahaja," - Neelofa Abai Komen Netizen Pasal Inai

25-7-2022 05:59 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8456| Komen: 67|Original author: Tatod

Sumber IG


Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa menegaskan dia percaya pada rezeki dan penghasilan produk baharunya, Innai Nunha walaupun sejak kebelakangan ini banyak menerima komen negatif berkenaan produk keluarannya itu.

Menerusi laporan Media Hiburan, Neelofa, 30, menyatakan Innai Nunha bukanlah bersaingan dengan mana-mana jenama inai sedia ada dan dia juga sedia maklum setiap peniaga mempunyai cara tersendiri bagi memasarkan produk masing-masing.

"Ini bukanlah produk pertama saya. Sebelum ini  dalam bisnes saya pernah hasilkan pakaian, tudung dan sebagainya. Selebriti lain pun pernah juga lakukan perkara sama.


"Jadi, kita di sini bukan nak bersaing, tidak. Bagi saya, rezeki Allah itu luas. Saya juga percaya, setiap peniaga ada cara, strategi dan hala tuju masing-masing.

"Yang melaga-lagakan dan memanaskan isu ini ialah orang luar dan mereka yang berkaitan, yang mungkin tidak faham dengan konsep rezeki.

"Kita di sini 'chill' sahaja. Orang nak cakap apa, mengenai warna begitu begini, kita relaks," katanya kepada MH.


Bertanyakan pendapat yang menyebabkan timbulnya isu perbandingan, bekas hos program MeleTOP itu menganggap isu berkenaan timbul kerana ia dipasarkan dalam waktu yang hampir sama.

Malahan, inai berkenaan juga tular disebabkan rasa was-was serta persepsi pengguna sama ada ia produk berkenaan boleh dibawa solat atau sebaliknya.

"Ia mungkin disebabkan oleh produk ini dilancarkan dalam tempoh lebih kurang sama dengan jenama lain. Jika sebaliknya, isu ini mungkin tidak akan timbul.

"Lepas itu pula viral mengenai macam-macam perkara misalnya soal mesra wuduk, warna dan sebagainya. Di akhirnya, perkara ini tidak akan berpanjangan," katanya.


Neelofa turut berpesan agar mana-mana pihak mengelak daripada terbabit dalam perbalahan mengenai isu berkenaan apatah lagi fokusnya adalah untuk mencari rezeki yang berkat.

"Tak payahlah memenatkan kalian punya tangan, mulut dan kepala untuk berbuat demikian sebab Allah sudah tentukan rezeki kita semua dalam setiap perkara.

"Tinggal lagi kita perlu tekankan untuk mencari rezeki yang berkat sahaja. Cari rezeki dengan cara yang baik tanpa perlu maki hamun, mengecam, menghentam dan sebagai," katanya lagi. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akuHavocczz 26-7-2022 08:49 AM
Hehehehe. Tunggang selagi boleh hehe
Quote slyfynx 26-7-2022 08:57 AM
Ko dh tibai duit org, mmg la chill je
Quote awex^returns 26-7-2022 08:58 AM
nak berkat macam mana kalau belum apa² dah nampak macam menipu agent / stokist
stock lambat, kualiti tak hebat, banyak pantang larang mak nenek
pastu nganjeng brand lain
bakal merudum kesurupan tenggelam belakang rumah juga kekdahnya
inai je pon

pfffffffttttttttthhhhhhhhhhhhhh
Quote makadek 26-7-2022 08:59 AM
Chill lew stock kt ko habisssss
Siapa teror maths otak kalkulator
De pentaksub kata inai minah ni morah
Berbanding che ta pnya
Meh buat kira2
Aku tau kira duit sawit je
Quote iluma 26-7-2022 09:03 AM
dahla kena packing sendiri
HAHHAHAHHAHA
yinnai yopa yibird
Quote bukannasigoreng 26-7-2022 09:05 AM
seriuslah dia 30?
Quote cystmex 26-7-2022 09:08 AM
hellooooooooooooo jahloptek terpaling ni lahir tahun 1989 lah. celah mana baru 30 uiii. ni another level of benak ke apa ni
Quote Lailawati 26-7-2022 09:09 AM
Bila masa umo jahlop ni 30?

Reputz punnnnn...x hagak2 typo dia


Quote animcute 26-7-2022 09:12 AM
Edited by animcute at 26-7-2022 09:13 AM

klu chill2 saja takkan ko merempan kutuk product orang lain tuduh guna food coloring and cakap tak sah solat....kat media sosial pastu ugut2 nak hantar product orang lain utk lab test! apa hal  buat kerja bodoh bayar lab test utk product orang klu bukan sebab busuk hati dan tak chill!
Quote ..maksu 26-7-2022 09:14 AM
kat tik tok kesian tengok agent stokis inai tak laku.
Quote OyaTonggek 26-7-2022 09:15 AM
scary menengok mekap jahpamtek..mcm penari bogel dgn kuku hitamnye..x mencerminkan niqabis lgsung...gothic je lebih...
Quote redz85 26-7-2022 09:22 AM
aku tak simpati pada yang tolol yang support bisnes dia..
Quote airmineral 26-7-2022 09:27 AM
mmg la bole chill sbb duit ko still masuk. dan xde org fight ko secara legal, sekadar bising² di medsos je ibarat langau

tapi jah, ko jgn petik butang agama dan berselindung di sebalik ayat² agama. nnt tuhan bagi cash, terduduk ko
Quote airmineral 26-7-2022 09:28 AM
redz85 replied at 26-7-2022 09:22 AM
aku tak simpati pada yang tolol yang support bisnes dia..

same la
gigih sgt sapot penunggang ni
free² je bagi duit kat jahlop
Quote airmineral 26-7-2022 09:29 AM
iluma replied at 26-7-2022 09:03 AM
dahla kena packing sendiri
HAHHAHAHHAHA
yinnai yopa yibird

patutnya purit kena overtime smp lewat pagi xbalik rumah xmandi utk pack inai tu
ni dia sub terus produk togel kat agent
hadap la...
Quote prince_marhaen 26-7-2022 09:31 AM
SOOOOO BORINGGG.... cerita inai taik anjing tersepit pintu pun boleh masuk buletin utama..... yihhh!
Quote akuMNdia 26-7-2022 09:55 AM
benang pasai inai pun berderet2
Quote da_vinci 26-7-2022 09:59 AM
Allahhhhhhhhh.....perasannya nak jadi Arab
Quote yum3 26-7-2022 10:14 AM
OyaTonggek replied at 26-7-2022 09:15 AM
scary menengok mekap jahpamtek..mcm penari bogel dgn kuku hitamnye..x mencerminkan niqabis lgsung... ...

kan...  x nampak cam kealiman disitu . Bpurdah tapi mekap tu.  emmmm.. dgn kuku yg kegelapan.. aduahaii.. tak tahu nok kata gapo doh ...  

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.038107 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top