Peminat sukan bina badan dikejutkan dengan berita kematian Jerry Ward, 46, pada malam Khamis. Bagaimanapun, punca kematian legenda sukan bina badan itu masih belum jelas.
Atlet legenda itu sempat menyiarkan video di saluran YouTube miliknya beberapa jam sebelum dia meninggal dunia. Menurut Dave Palumbo dari Rx Muscle, Ward sebelum itu ada mengadu rasa sakit pada bahagian rusuk kirinya, . Palumbo berkata, Ward menyangka dia berkemungkinan tercedera ketika membawa bagasi dan keadaan menjadi lebih teruk selepas dia menggunakan kerusi urut, lapor Daily Star.
Seorang rakan mereka turut menyarankan Ward untuk membuat pemeriksaan tetapi dia memutuskan untuk tidur, menurut Palumbo. Berita kematian Ward disahkan oleh promotor, Gary Udit pada Jumaat (22 Julai) di laman Instagram. Sumber: mStar
|
Legendary bodybuilder and competition judge Jerry Ward has suddenly died aged just 46.
His death is sadly the latest in a slew of tragedies in the sport.
It is not yet clear what the cause of death was.
tumpanglalu74 replied at 25-7-2022 05:48 PM
~ Daily Star
@pengecatbintang
tumpanglalu74 replied at 25-7-2022 05:48 PM
~ Daily Star
@pengecatbintang
ADVERTISEMENT