Kerjaya sebagai penghantar makanan atau rider semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya golongan muda kerana mempunyai jadual kerja fleksibel.
Malah, tak kurang juga yang sanggup berhenti daripada pekerjaan tetap demi menjadi seorang rider gara-gara terpedaya dengan perkongsian di media sosial bahawa pendapatan kelompok berkenaan boleh mencecah sehingga RM4,000 hingga RM5,000 sebulan. Bagaimanapun, perkongsian seperti itu mencetuskan perdebatan netizen. Menerusi satu hantaran di TikTok, seorang rider wanita memberitahu agar orang ramai tidak mudah mempercayai perkongsian di media yang kesahihannya boleh dipertikaikan.
Katanya, tugas sebagai rider tidak semuanya indah malah terutamanya apabila ia membabitkan soal pendapatan bulanan. Untuk rekod, dalam kalangan rider istilah 'bangau' membawa maksud mereka masih menunggu tempahan masuk walaupun sudah mengaktifkan aplikasi masing-masing dalam tempoh yang lama. Namun, wanita itu menafikan rungutannya bukan berpunca daripada rasa kurang senang dengan kehadiran ramai rider baharu sehingga dikatakan menjejaskan periuk nasi 'orang lama'. TikTok Melalui semakan mStar di ruangan komen, netizen turut bersetuju dengan hal itu malah rider lain juga turut memberi pandangan yang sama. Kata mereka, trend semasa menunjukkan bahawa penurunan jumlah pendapatan kerana berlaku lambakan dalam kalangan rider daripada pelbagai platform. Namun ada juga dalam kalangan netizen yang tidak bersetuju dengan pandangan rider wanita berkenaan yang dilihat seolah-olah cuba menyalahkan kehadiran ramai penghantar makanan di sesuatu lokasi. Sumber: mStar
|
shernazz replied at 25-7-2022 02:20 PM
Ada sorang staff dept laki iols buat grab
Dia amek non halal food juga
Banyak gila job2
shernazz replied at 25-7-2022 02:20 PM
Ada sorang staff dept laki iols buat grab
Dia amek non halal food juga
Banyak gila job2
dedek.bubup: sama ngan kawan akudia buat grab sauk gak non halal food sekalidia tunjuk baru sejam buat dah 100++ gaji dia
prettyuglybabe replied at 25-7-2022 02:46 PM
kiranya yang jadi bangau tu opt untuk halal food je la ye?
dedek.bubup replied at 25-7-2022 03:36 PM
sama ngan kawan akudia buat grab sauk gak non halal food sekali
dia tunjuk baru sejam buat dah 100 ...
eyansss replied at 25-7-2022 03:41 PM
i wonder status gaji dia… bukan apa, dulu kecoh kes muslim keje kedai jual arak macam 7e, kk mar ...
Adrif replied at 25-7-2022 09:51 PM
apabila orang Islam menjalankan urus niaga sama ada dia sendiri menguruskan perniagaan itu atau or ...
eyansss replied at 25-7-2022 03:41 PM
i wonder status gaji dia… bukan apa, dulu kecoh kes muslim keje kedai jual arak macam 7e, kk mar ...
jazaa100 replied at 25-7-2022 11:53 PM
Ada org bkn kira eyansss.....
Belasah je.....
Tapi yakinlah, tak kemana pun income dia tu....
dedek.bubup replied at 25-7-2022 03:36 PM
sama ngan kawan akudia buat grab sauk gak non halal food sekali
dia tunjuk baru sejam buat dah 100 ...
ADVERTISEMENT