Usahawan, pelakon dan penyanyi, Tya Arifin mengakui sedikit terkesan dengan dakwaan netizen yang baginya tidak relevan dan tak berasas.
Enggan terus terkesan, menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza itu tampil menjelaskan mengenai tuduhan produk jamu Mutyara yang dihasilkannya pahit dan tidak sedap. “Memang saya agak sedih dengan dakwaan tersebut. Mungkin individu terbabit tak pernah makan jamu saya. Bila ditanya sama ada dia pernah rasa jamu Mutyara, dia mendiamkan diri. “Alhamdulillah, berdasarkan testimoni pengguna, ramai yang memaklumkan bahawa jamu Mutyara rasanya sedap, tidak pahit seperti yang didakwa.
“Bahkan selepas isu itu timbul, kami berikan 10,000 pek jamu Mutyara secara percuma bagi mendapatkan maklum balas pengguna. Alhamdulillah, rata-rata mengatakan rasanya sedap,” katanya kepada Utusan Malaysia. Tya berkata demikian selepas Majlis Anugerah Cemerlang SPM 2021 anjuran PTTI Group di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Dalam pada itu, Tya juga memaklumkan sebagai pengasas dia perlu tampil menjelas apa-apa kekeliruan berkenaan produk dihasilkannya. Katanya, tindakan itu penting bagi memastikan pengguna mendapat maklumat tepat tentang jamu Mutyara. “Saya yakin dengan produk yang saya hasilkan, yang mana ia adalah jamu moden yang sedap diminum dan berkhasiat. “Sebagai pengasas, saya tak boleh berdiam apabila dakwaan-dakwaan ini timbul. “Menjadi tanggungjawab saya untuk tampil menjelaskan kepada pengguna, jamu Mutyara baik untuk tenaga wanita dan tidak pahit seperti didakwa,” katanya lagi. |
I.K.A888990 replied at 25-7-2022 05:14 PM
jahnegetive xnak jual plak ke biz jamu ni
I.K.A888990 replied at 25-7-2022 05:14 PM
jahnegetive xnak jual plak ke biz jamu ni
ADVERTISEMENT