CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1375|Reply: 8

Ramai Cakap Jamu Mutyara Sedap Lepas Tya Arifin Bagi 10,000 Pek Percuma

[Copy link]
Post time 25-7-2022 11:08 AM | Show all posts |Read mode
Usahawan, pelakon dan penyanyi, Tya Arifin mengakui sedikit terkesan dengan dakwaan netizen yang baginya tidak relevan dan tak berasas.


Enggan terus terkesan, menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza itu tampil menjelaskan mengenai tuduhan produk jamu Mutyara yang dihasilkannya pahit dan tidak sedap.




IG Tya




“Memang saya agak sedih dengan dakwaan tersebut. Mungkin individu terbabit tak pernah makan jamu saya. Bila ditanya sama ada dia pernah rasa jamu Mutyara, dia mendiamkan diri.


“Alhamdulillah, berdasarkan testimoni pengguna, ramai yang memaklumkan bahawa jamu Mutyara rasanya sedap, tidak pa­hit seperti yang didakwa.


“Bahkan selepas isu itu timbul, kami berikan 10,000 pek jamu Mutyara secara percuma bagi mendapatkan maklum balas pengguna. Alhamdulillah, rata-rata mengatakan rasanya sedap,” katanya kepada Utusan Malaysia.




IG Tya




Tya berkata demikian selepas Majlis Anugerah Cemerlang SPM 2021 anjuran PTTI Group di sebuah hotel di Kuala Lumpur.


Dalam pada itu, Tya juga memaklumkan sebagai penga­sas dia perlu tampil menjelas apa-apa kekeliruan berkenaan produk dihasilkannya.


Katanya, tindakan itu penting bagi memastikan pengguna mendapat maklumat tepat tentang jamu Mutyara.


“Saya yakin dengan produk yang saya hasilkan, yang mana ia adalah jamu moden yang sedap diminum dan berkhasiat.


“Sebagai pengasas, saya tak boleh berdiam apabila dakwaan-dakwaan ini timbul.


“Menjadi tanggungjawab saya untuk tampil menjelaskan kepada pengguna, jamu Mutyara baik untuk tenaga wanita dan tidak pahit seperti didakwa,” katanya lagi.




  



  





Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2022 12:36 PM | Show all posts
baik dia bagi laki dia try kot la bleh kurus ke..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Free memang sedap..
Sample.kat.supermarket kalau amek.mmg.banyak.sedap
Tp blom tentu org beli..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow hebat marketing atau sedekah 10,000

Tak rugi ke tu?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by I.K.A888990 at 25-7-2022 05:16 PM

jahnegetive xnak jual plak ke biz jamu ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
I.K.A888990 replied at 25-7-2022 05:14 PM
jahnegetive xnak jual plak ke biz jamu ni

Jgn bg idea
Kan next peroduk hahahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2022 05:26 PM | Show all posts
mcm blom pernah nampak jamu dia ni kat kedai2 jual jamu tu. brp ringgit agaknya ye?

EF pun ada jual jamu kan? xsure produk dia sendiri atau dia duta je
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 11:12 AM | Show all posts
I.K.A888990 replied at 25-7-2022 05:14 PM
jahnegetive xnak jual plak ke biz jamu ni

nak jual jamu kena body solid lepas beranak..ni dia pun boyak tek labuh..tapi lobenak tetap akan beli
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2022 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Korang beria2 jer jamu sedap..jamu yg btol piawww sma pahit, xsedap...kalo sedap mcm air teh nmpk sgt menipu...percayalah sgt produk retis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.459786 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list