|
Berkongsi detik menyambut kelahiran anak pertama, penyanyi Ayie dari kumpulan Floor88 terharu dan menitiskan air mata melihat isterinya, Tasha Awie yang terpaksa bertarung nyawa selama lebih satu jam untuk cuba bersalin secara normal.
Bagaiamanapun disebabkan terlalu lama dan Tasha sudah kehilangan tenaga, doktor menasihatkan untuk menjalani pembedahan dan mereka selamat bergelar ibu bapa kepada seorang anak perempuan yang lahir pada pukul 3.18 petang di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Jumaat. “Saya bawa isteri ke hospital pada awal pagi Jumaat selepas dia mula mengadu sakit hendak bersalin. Dia kemudian dimasukkan ke bilik bersalin sekitar pukul 1 petang dan melalui proses meneran selama lebih satu jam kerana mahu bersalin normal.
“Apabila isteri semakin lemah disebabkan hilang banyak tenaga, doktor nasihatkan untuk jalani pembedahan. Saya hanya serahkan kepada doktor untuk melakukan yang terbaik dan paling penting isteri dan anak selamat.
|
Perawankota replied at 25-7-2022 02:47 AM
Dulu Minat n layan gak floor 88 ni.. Skang mcm bosan lak
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 06:20 PM GMT+8 , Processed in 0.219776 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.