CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1533|Reply: 3

Menangis Ayie Floor88 Tengok Isteri Meneran Lebih Sejam

[Copy link]
Post time 24-7-2022 10:35 AM | Show all posts |Read mode
Berkongsi detik menyambut kelahiran anak pertama, penyanyi Ayie dari kumpulan Floor88 terharu dan menitiskan air mata melihat isterinya, Tasha Awie yang terpaksa bertarung nyawa selama lebih satu jam untuk cuba bersalin secara normal.


Bagaiamanapun disebabkan terlalu lama dan Tasha sudah kehilangan tenaga, doktor menasihatkan untuk menjalani pembedahan dan mereka selamat bergelar ibu bapa kepada seorang anak perempuan yang lahir pada pukul 3.18 petang di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Jumaat.


Foto: IG




“Saya bawa isteri ke hospital pada awal pagi Jumaat selepas dia mula mengadu sakit hendak bersalin. Dia kemudian dimasukkan ke bilik bersalin sekitar pukul 1 petang dan melalui proses meneran selama lebih satu jam kerana mahu bersalin normal.


“Apabila isteri semakin lemah disebabkan hilang banyak tenaga, doktor nasihatkan untuk jalani pembedahan. Saya hanya serahkan kepada doktor untuk melakukan yang terbaik dan paling penting isteri dan anak selamat.




  



“Melihat isteri dalam keadaan begitu memang membuatkan saya berasa sedih sehingga saya sendiri menangis.


“Pada mulanya saya dibenarkan masuk ke dewan bedah, namun ada sedikit masalah untuk keluarkan bayi, jadi saya diminta keluar. Lebih kurang dua minit tunggu di luar saya dengar tangisan bayi.




  



“Perasaan ketika itu sangat sukar digambarkan kerana akhirnya isteri selamat bersalin dan saya kini bergelar seorang bapa,” katanya ketika dihubungi mStar.


Meluahkan rasa syukur setelah proses itu berjalan lancar, Ayie atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah, 25, memberitahu isteri dan bayi mereka kini dalam keadaan baik dan dijangka pulang ke rumah pada Ahad.


Memulakan kehidupan baharu sebagai seorang bapa, kata Ayie dia sentiasa bersedia dan tidak pernah merasa kekok untuk menjaga bayi kerana sudah berpengalaman.




  



“Saya anak sulung dalam enam orang adik-beradik. Sejak kecil saya sudah lihat bagaimana ibu bapa menjaga bayi dan tahu serba sedikit tentang proses penjagaan. Jadi tidak pernah kekok untuk jadi bapa.


“Adik kepada isteri saya juga masih kecil. Kami biasa bawa dia berjalan dan menjaganya. Lagipun kami memang sudah bersedia awal untuk bergelar ibu dan bapa,” jelasnya.


Ayie dan Tasha mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2020 dan mereka mengumumkan bakal menimang cahaya mata selepas dua tahun berkahwin.


  



Pasangan ini juga akan berkongsi nama anak mereka dalam masa terdekat di media sosial.


“Buat masa sekarang masih terlalu awal nak kongsi wajah anak dan nama. Saya juga hormati permintaan isteri. Selepas ini akan ada lebih banyak content media sosial bersama anak kami,” ujarnya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2022 02:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu Minat n layan gak floor 88 ni.. Skang mcm bosan lak
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 04:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Perawankota replied at 25-7-2022 02:47 AM
Dulu Minat n layan gak floor 88 ni.. Skang mcm bosan lak

Its ok hilang satu ganti beribu.......yg penting kita raikheun hadirnya sorang lagi umat nabi kealam fana ini....dgn panjatkheun syukur padaNYA...

Mudah kheunz?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 09:57 AM | Show all posts
Tahniah ayie dan isteri. semalam tengok tiktok eric fuzi ayie menangis masa peluk aric.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.068688 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list