Perasaan sedih dalam hati, tiada siapa mampu mengerti. Begitulah kisahnya mengenai wanita ini yang tidak mampu melihat anak lelakinya menderita penyakit Cyclical Vomiting Syndrome (CVS).
Menurut Julie dari Edinburgh, anaknya Josh Wright, 13, akan muntah setiap lima minit, menyebabkan dia berada dalam keadaan yang sangat lemah. Remaja itu kerap dimasukkan ke hospital kerana sering muntah darah dan tidak boleh bercakap kerana pengumpulan air liur, lapor Daily Record. Doktor gagal mengesan punca sindrom itu sekaligus menyebabkan Julie bimbang tentang masa depan anaknya.
Julie turut berharap dia suatu hari nanti akan sembuh daripada penyakit itu. "Ia adalah keadaan yang jarang berlaku, jadi sangat sukar untuk mendapatkan diagnosis. Kami diberitahu bahawa tiada penawar. "Dia telah mencuba pelbagai jenis ubat tetapi tiada apa yang berkesan. Rasanya tidak pernah berakhir. Dia sering bertanya, mengapa saya? "Mengapa saya mempunyai penyakit ini dan kanak-kanak lain tidak? Saya dapat melihat kesedihan dalam matanya," kata Julie. Tambah wanita itu, mereka terpaksa berkomunikasi menggunakan telefon kerana anaknya sukar untuk bercakap secara normal. "Dia mempunyai air liur yang berlebihan dan tidak boleh bercakap sehingga dua hari. Sampai tahap dia muntah darah. "Semasa dia tidak boleh bercakap, kami akan menggunakan nota pada telefonnya untuk berkomunikasi dan dia akan menaip saya sedih," ujar Julie lagi. - CARI Sumber: mStar/Daily Star
|
uori: siannya dia. macam manalah nak ...
matbad replied at 24-7-2022 10:34 PM
Mcm mana dah kisah merpati 4beji joli tu. Aku cari thread yg ada muka real jera tu dah tak ada namp ...
uori replied at 24-7-2022 10:38 PM
ada je. arini lupa pulak nak cek in upkan thread. geram kat melodi sebab sampai ke sudah tak cover ...
ADVERTISEMENT