|
Pernah melalui pengalaman sedih kehilangan anak yang baru tiga hari dilahirkan, penyanyi Azmi Saat mengakui belum bersedia untuk menyuarakan hasrat kepada isterinya iaitu Nazirah Muhamad mengenai perancangan memiliki cahaya mata.
Menurut Azmi yang juga merupakan anggota kumpulan Caliph Busker, dia bimbang jika soalan tersebut boleh mengganggu emosi isterinya yang masih bersedih selepas anak sulung mereka yang diberi nama Khairul Afnan meninggal dunia pada September tahun lalu. "Takut juga nak bertanya kepada isteri tentang anak. Namun pernah sekali pada awal tahun saya suarakan untuk melakukan rawatan supaya boleh dikurniakan cahaya mata lagi.
"Isteri saya belum bersedia selepas kehilangan anak kami. Katanya jika dikurniakan secara semula jadi dia seronok, namun untuk melakukan rawatan dia takut jika perkara sama terjadi. "Saya hormati keputusan isteri dan kami tidak lagi bercakap soal anak selepas itu. Jadi kami sentiasa penuhkan masa dengan aktiviti yang menggembirakan," katanya.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.284873 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.