CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 692|Reply: 1

Azmi Saat Takut Nak Minta Anak Lagi, Risau Emosi Isteri Terganggu

[Copy link]
Post time 24-7-2022 10:09 AM | Show all posts |Read mode
Pernah melalui pengalaman sedih kehilangan anak yang baru tiga hari dilahirkan, penyanyi Azmi Saat mengakui belum bersedia untuk menyuarakan hasrat kepada isterinya iaitu Nazirah Muhamad mengenai perancangan memiliki cahaya mata.


Menurut Azmi yang juga merupakan anggota kumpulan Caliph Busker, dia bimbang jika soalan tersebut boleh mengganggu emosi isterinya yang masih bersedih selepas anak sulung mereka yang diberi nama Khairul Afnan meninggal dunia pada September tahun lalu.


Foto: IG




"Takut juga nak bertanya kepada isteri tentang anak. Namun pernah sekali pada awal tahun saya suarakan untuk melakukan rawatan supaya boleh dikurniakan cahaya mata lagi.


"Isteri saya belum bersedia selepas kehilangan anak kami. Katanya jika dikurniakan secara semula jadi dia seronok, namun untuk melakukan rawatan dia takut jika perkara sama terjadi.


"Saya hormati keputusan isteri dan kami tidak lagi bercakap soal anak selepas itu. Jadi kami sentiasa penuhkan masa dengan aktiviti yang menggembirakan," katanya.




  



Azmi berkata demikian ketika majlis pelancaran lagu baharunya berjudul Permataku yang diadakan di Pejabat Indigital, Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.


Berkongsi keadaan isterinya itu, Azmi berkata ada ketika rasa sedih itu akan datang secara tiba-tiba dan mereka akan menziarahi pusara anaknya itu.


Sementara itu, Azmi memberitahu dia tidak mahu terlalu menunjukkan perasaan sedih kerana lebih memikirkan emosi isterinya.




  



"Sekarang ini isteri saya sudah semakin okey. Cuma ada ketika perasaan sedih itu akan datang tiba-tiba. Dia akan minta untuk ziarah kubur anak untuk lepaskan rindu.


"Saya pula tak boleh nak sedih. Saya reda dan selepas dapat azankan bayi kami, uruskan jenazah, saya rasa perasaan sedih itu tidaklah keterlaluan," ujarnya.


Untuk rekod, Khairul Afnan meninggal dunia selepas tiga hari dilahirkan akibat kegagalan fungsi otak.




  



Bayi lelaki yang dilahirkan pada 27 September 2021 itu merupakan cahaya pertama mereka selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.


Bercakap tentang lagu baharu ciptaan bersama Ajai dan Ahmad Fedtri Yahya itu, ia merupakan luahan dari hati Azmi sendiri berdasarkan pengalaman sebelum ini.


  



"Apabila mendengarkan sahaja lirik tersebut buat kali pertama, saya gembira sebab ia memang merupakan isi hati saya. Tak ada sebarang perubahan yang dilakukan kerana saya percaya ini yang terbaik.


"Tapi apabila kami memulakan penggambaran video muzik (MV), pihak produksi ada bertanyakan sama ada boleh mengaitkan gambaran anak atau tidak. Saya okey sahaja memandangkan ini memang idea asal," jelasnya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2022 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka suara dan personality azmi. Srmoga Allah kurniakan anak lagi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.303667 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list