Oleh Fyruz Hanna & Adib ZA
Membuat kek mangga sebenarnya tidaklah sesusah mana, mungkin kerana penggunaaan bahan-bahan yang segar akan nampak seperti melecehkan. Sebut pasal mangga, terliur sudah air liur ini, nak-nak jika musim mangga itu, punyalah sedap dengan manis-manis buah. Bahan-bahan untuk Kek Span 6 biji telur 35 gram tepung jagung 170 gram tepung ‘superfine’/tepung gandum 170 gram gula castor 35 gram mentega yang dicairkan
Cara Membuatnya Panaskan ketuhar pada suhu 170-180 C Cairkan mentega dan ketepikan Pukul telur bersama gula sehingga kembang Didalam mangkok yang lain, campurkan kedua-dua tepung Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan teruskan memutar Akhir sekali masukkan mentega cair dan kacau menggunakan spatula Tuang adunan ke dalam loyang bulat dan bakar pada suhu selama 25-30 minit Apabila kek sudah sejuk, potong kek kepada tiga lapisan secara melintang Bahan-bahan untuk Mousse Mangga 150 gram puri mangga ataupun mangga yang telah dikisar 13 gram gelatin 30 gram air 40 gram gula 240 gram krim putar(whipping cream) 1 biji mangga dipotong dadu Cara Membuatnya Masukkan air ke dalam periuk dan taburkan gelatin Masukkan gula dan mangga dan masak sehingga gula dan gelatin cair- sejukkan Pukul krim sehingga kental dan masukkan adunan puri tadi-gaul sebati Bahan-bahan untuk Sos Mangga 125 gram puri mangga 125 gram air 1/2 sudu kecil gelatin 1/2 sudu kecil serbuk agar-agar (kuning/putih) 30 gram gula Cara Membuatnya Panaskan air dan masukkan gelatin. serbuk agar-agar dan gula Masak sehingga kesemuanya cair dan masukkan puri mangga Melapiskan Kek Gunakan loyang springfoam ( berbentuk ‘ring’) Letakkan 1 lapis kek dibahagan bawah sekali dan tuangkan mousse mangga ke atasnya Tabur mangga yang telah dipotong dadu Ulang proses ini sehingga selesai ketiga-tiga lapisan Masukkan kek ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya selam 4 jam ataupun semalaman Kemudian tuangkan sos mangga perlahan-lahan di bahagian atas kek dan masukkan ke dalam peti sejuk semula selama 1 jam. -CARI Infonet. |
29
Bagus |
27
Marah |
32
Terkejut |
37
Sedih |
35
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT