CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mati Ditembak Suami Lepas Buka Aib Cerai Di TikTok

22-7-2022 09:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3174| Komen: 16

Seorang wanita di bandar raya Chicago, negeri Illinois ditembak mati oleh bekas suaminya selepas mendedahkan butiran perceraian mereka secara terbuka di laman TikTok, lapor akhbar Mirror UK, semalam.


Suspek, Raheel Ahmad tinggal di negeri Georgia, pergi ke rumah isterinya, Sania Khan di Near North Side pada Isnin lalu dengan niat membunuh selepas melihat video pendedahan tersebut sebelum membunuh diri.


Twitter/New Indian Express

Seorang pegawai memaklumkan Raheel dan Sania yang masing-masing berusia 29 tahun,  sedang menjalani proses perceraian, namun dua rakan mangsa menyatakan kepada akhbar Chicago Sun Times bahawa perceraian mereka dimuktamadkan dua bulan lalu.


Anggota polis menemui mangsa dalam keadaan tidak bernyawa berhampiran pintu kediaman  dengan luka di belakang kepala dan darah kering pada wajahnya. 

Laporan lain menyatakan bahawa polis menjumpai mayat Raheel di dalam bilik tidur kediaman mangsa dengan kesan tembakan di kepala, pistol di tangannya dan nota bunuh diri.



Menerusi video yang dimuat naik Sania di laman TikTok, dia secara terbuka berbicara soal perceraiannya dengan Raheel.

“Memang menyakitkan untuk meninggalkan seseorang yang pernah anda cintai. Tetapi lebih menyakitkan untuk mencintai seseorang yang tidak menjaga hati anda,” demikian kata Sania dalam video tersebut.

Rakan-rakan terdekat mangsa telah menubuhkan kutipan dana di laman web GoFundMe untuk membantu membiayai proses pengebumian Sania.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote capiloton 22-7-2022 10:23 PM
harga sebuah kebangangan
Quote kepompong 22-7-2022 10:50 PM
gosok mata igt kat LA
Quote wikedsaikel 22-7-2022 10:50 PM
Eh baru beberapa bulan lepas tengok pasal dia ni lari dari laki dia. Dah mati.. kesian laa
Quote I.K.A888990 23-7-2022 04:11 AM
kejamnya
membuak2 sgt kemarahan smpai membunuh.
Quote imransulaiman 23-7-2022 11:38 AM
Tutup kes macam tu saja lah kan sebab dua-dua mati...
Quote renko 23-7-2022 12:29 PM
bangsa barbaric
Quote Decaffeinated 23-7-2022 01:58 PM
Apa agama couple ni? Nama macam suku sakat Shah Rukh Khan.
Quote ilacantik 23-7-2022 02:20 PM
Abis lah, pelakon siapa tu nama nadya shahera yg merempan di medsos pasal laki sheols kena ambik iktibar. Dah lah laki sheols kerja outstation ke Thailand selalu.
Quote fortiori13 23-7-2022 02:22 PM
Kesian, ingatkan pas cerai dapat la lari dr abusive marriage, rupanya kena tembak pula...
Quote fealefea 23-7-2022 03:34 PM
Tu la die bila rasa semua mende harus dimiliki.
Quote Solokkk 23-7-2022 05:17 PM
Memasing bodoh, sorry….
Quote DayangKirana 25-7-2022 05:21 PM
bangsa pakistan, agama Islam..
but modern lifestyle..
sheols lepas cerai pon kinda rebellious jugak.. semakin menyeksi..
tak sangka ending with tragedy.
Quote Bedah.Cun 25-7-2022 05:49 PM
Yang ngkaw merempan dalam socmed dah nape? Dah cerai sudahlah. Move on, idiota!
Quote FOTHER-MUCKER 25-7-2022 05:57 PM
“Memang menyakitkan untuk meninggalkan seseorang yang anda cintai. Tetapi lebih menyakitkan untuk mencintai seseorang yang tidak lagi mencintai anda”
Quote Nenasketum 25-7-2022 07:07 PM
Apo??? Ko Southeast Asian tapi duk di Amarika nun, ko cito apo?
Quote Suchi 25-7-2022 07:24 PM
Takat curhat camtu laki dia marah bebenor ya, lagi dasat acik2 kat tanahair ni merempan woiih siap ada video bagai mcm kes napi rambut belah tepi tu.
Tp yela lelaki bangsa dorang ni ego tinggi yakmat ,so jadi la gini.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.184381 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top