Pelakon dan usahawan versatil, Memey Suhaiza memuat naik video yang sedang tular di media sosial pada ketika ini iaitu rakaman seorang pemuda jatuh pengsan dalam perbarisan.
Rakaman tersebut memaparkan tindakan bapanya bergegas mendapatkan pemuda tersebut dan segera memeluk anaknya untuk kembali berdiri dalam perbarisan terebut. Gara-gara tersentuh melihat video berkenaan, Memey menitipkan doa untuk ayah menerusi coretan yang ditulisnya dalam muat naik bersama rakaman tersebut. "Salam jumaat. Dari semalam mummy tengok video ni ramai yang update. Berapa kali tengok pun tetap tersentuh, kan?
"Begitulah tulus dan kasih seorang lelaki yang ikhlas mencintai kita. "Apa antara peranan kita sebagai anak? Dah doakan ayah hari ini? "Ayah, andai hari ini engkau tiada. Maka tidaklah aku wujud di sini. Ayah, namamu kukuh terpahat dalam setiap saat aku bernafas. Bawa hingga ke liang lahad. Ayah, pengorbananmu itu tak terbalas. Cukup luas. Tak terhitung walau disaji segunung emas. Terima kasih ayah! "Kudratmu itu penguat semangat. Moga Allah hadiahkan syurga untuk kelak kau berehat," coretnya. Melihat video yang tular itu di Instagram Memey, rata-rata ramai warganet memberi komen meluahkan berasa tersentuh dan sebak. Sekadar info, kejadian berlaku semasa majlis perbarisan dan kawalan kehormat sempena sambutan Jubli Emas ke-50 dan Tamat Latihan Kursus Asas Sains Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Maktab Penjara Kajang. Dipetik dari Harian Metro, pemuda yang pengsan dalam perbarisan itu sebenarnya dibantu oleh bapa angkatnya yang juga merupakan bapa saudara pemuda tersebut iaitu Abdul Aziz Ya’acob.
|
ADVERTISEMENT