CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1315|Reply: 3

Memey Tersentuh Tengok Video Bapa Saudara Peluk Pemuda Pengsan Dalam Perbarisan

[Copy link]
Post time 22-7-2022 07:23 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon dan usahawan versatil, Memey Suhaiza memuat naik video yang sedang tular di media sosial pada ketika ini iaitu rakaman seorang pemuda jatuh pengsan dalam perbarisan.


Rakaman tersebut memaparkan tindakan bapanya bergegas mendapatkan pemuda tersebut dan segera memeluk anaknya untuk kembali berdiri dalam perbarisan terebut.




Kredit foto: Twitter/IG Memey




Gara-gara tersentuh melihat video berkenaan, Memey menitipkan doa untuk ayah menerusi coretan yang ditulisnya dalam muat naik bersama rakaman tersebut.


"Salam jumaat. Dari semalam mummy tengok video ni ramai yang update. Berapa kali tengok pun tetap tersentuh, kan?


"Begitulah tulus dan kasih seorang lelaki yang ikhlas mencintai kita.


"Apa antara peranan kita sebagai anak? Dah doakan ayah hari ini?


"Ayah, andai hari ini engkau tiada. Maka tidaklah aku wujud di sini. Ayah, namamu kukuh terpahat dalam setiap saat aku bernafas. Bawa hingga ke liang lahad. Ayah, pengorbananmu itu tak terbalas. Cukup luas. Tak terhitung walau disaji segunung emas. Terima kasih ayah!


"Kudratmu itu penguat semangat. Moga Allah hadiahkan syurga untuk kelak kau berehat," coretnya.



Melihat video yang tular itu di Instagram Memey, rata-rata ramai warganet memberi komen meluahkan berasa tersentuh dan sebak.


Sekadar info, kejadian berlaku semasa majlis perbarisan dan kawalan kehormat sempena sambutan Jubli Emas ke-50 dan Tamat Latihan Kursus Asas Sains Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Maktab Penjara Kajang.


Dipetik dari Harian Metro, pemuda yang pengsan dalam perbarisan itu sebenarnya dibantu oleh bapa angkatnya yang juga merupakan bapa saudara pemuda tersebut iaitu Abdul Aziz Ya’acob.




  



Menurut laporan, pemuda berkenaan dikenali sebagai Nik Mohd Adhar merupakan anak yatim piatu dan bapa saudaranya telah memelihara pemuda tersebut semenjak sekolah lagi dan dijaga seperti anak kandung sendiri.




Sumber: Murai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2022 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko diam jelah toto basah!
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 08:08 PM | Show all posts
sedihh
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 08:10 PM | Show all posts
Eh, mende ni pun kene bukak thread gosip ke?
Kisah ni mmg sedih, tp takat komen bekas retis ni, nk gosipkan ape?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.119731 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list