|
Watak lelaki budiman atau ustaz sepertinya sudah sebati dengan perjalanan karier pelakon terkenal Ashraf Muslim. Jika disingkap kembali, dia sudah memegang watak sebegitu dalam beberapa naskhah lebih sedekad lalu seperti filem Aku Masih Dara dan drama Puaka Niyang Rapik.
Kini, Ashraf kembali dengan watak hampir serupa iaitu sebagai seorang ustaz dalam sebuah filem seram arahan Arjin Uppal berjudul Musyrik. Ashraf atau nama sebenarnya Muhd Ashraf Muslim memberitahu, jalan cerita naskhah yang sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara tersebut sangat dekat dengan kisah masyarakat negara ini iaitu berkisar amalan ilmu hitam untuk membalas dendam.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 06:20 PM GMT+8 , Processed in 0.442511 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.