|
|
Watak lelaki budiman atau ustaz sepertinya sudah sebati dengan perjalanan karier pelakon terkenal Ashraf Muslim.
Jika disingkap kembali, dia sudah memegang watak sebegitu dalam beberapa naskhah lebih sedekad lalu seperti filem Aku Masih Dara dan drama Puaka Niyang Rapik.
 IG Ashraf
Kini, Ashraf kembali dengan watak hampir serupa iaitu sebagai seorang ustaz dalam sebuah filem seram arahan Arjin Uppal berjudul Musyrik.
Ashraf atau nama sebenarnya Muhd Ashraf Muslim memberitahu, jalan cerita naskhah yang sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara tersebut sangat dekat dengan kisah masyarakat negara ini iaitu berkisar amalan ilmu hitam untuk membalas dendam.
Ashraf bagaimanapun mengakui bosan apabila sering membawa watak budiman dan ustaz.
"Ada juga rasa bosan, namun tidaklah semua tawaran saya terima, ikut kesesuaian sahaja. Selepas pandemik berlalu, banyak tawaran yang diberikan, namun saya tapis sama ada sesuai atau tidak.
 IG Ashraf
"Ada beberapa lagi karakter yang saya belum dapat seperti individu kurang upaya (OKU). Watak sebegitu boleh mencabar lagi kemampuan saya sebagai seorang pelakon," katanya.
Sumber: Kosmo
|
|