Shahronizam Noor mengakui sukar untuknya menjayakan watak sebagai individu yang cenderung terhadap kelakuan pedophilia dalam telefilem terbaharu berjudul Bukan Khadijah.
Shahronizam berkata, itu adalah kali pertama dia melakonkan watak sebegitu dan ingin menyampaikan mesej bagaimana untuk masyarakat bangkit menentang individu sebegini. "Sebagai manusia, kita menentang benda ini kerana ia tidak normal. Satu cabaran besar buat saya untuk merealisasikan watak ini dalam telefilem ini. "Saya harap karya ini dapat memberi pengajaran dan mesej kepada masyarakat supaya bangkit melawan individu-individu ini kerana golongan ini sebenarnya adalah pengecut," katanya kepada Harian Metro.
Shahronizam juga menyentuh mengenai isu semasa yang berlaku membabitkan pedophilia di Malaysia. Menurutnya, kebanyakan mereka menggunakan status mereka tidak kiralah sebagai sesiapa sekalipun, untuk menjerat golongan bawah umur ini. "Mereka menggunakan kuasa dominan sebagai orang dewasa untuk memanipulasi mangsa. Mereka juga buatkan mangsa takut untuk membocorkan salah laku mereka kepada orang lain," katanya. Katanya, isu ini sangat tabu untuk diterjemahkan ke dalam bentuk visual, namun dari sisi lain ada mesej yang perlu disampaikan kepada penonton. "Benda ini sangat tabu untuk diceritakan ke dalam bentuk visual lebih-lebih lagi untuk dipersembahkan di kaca TV. Tak semua orang berani kerana takut kecaman dan sebagainya. "Namun, dari sisi lain, kita nak beritahu masyarakat bahawa orang begini memang wujud dan apa yang perlu kita lakukan untuk melawan mereka," katanya. Telefilem bersempena Maal Hijrah 1444 itu akan ditayangkan di TV1 pada 30 Julai, jam 9 malam. Selain Shahronizam, telefilem arahan Nor Ashikin Zainal turut menampilkan lakonan Shakilla Khoriri, Azrel Ismail, Laila Nasir, Esma Daniel dan ramai lagi. -CARI Sumber: Harin Metro
|
Lavender_Violet replied at 22-7-2022 05:25 PM
Sepatutnya watak ni bagi pada Zaidi Omar
Menjadi hokay masa dia berlakon jd pedophile dlm drama yg d ...
Lavender_Violet replied at 22-7-2022 10:25 AM
Sepatutnya watak ni bagi pada Zaidi Omar
Menjadi hokay masa dia berlakon jd pedophile dlm drama yg d ...
Lavender_Violet: Sepatutnya watak ni bagi pada ...
Lavender_Violet replied at 22-7-2022 05:25 PM
Sepatutnya watak ni bagi pada Zaidi Omar
Menjadi hokay masa dia berlakon jd pedophile dlm drama yg d ...
mamajawie replied at 23-7-2022 05:05 PM
Menyesal plak iollss google tgok citer tu..muka pokcik tu cam lahanat..citer ku petik dosa..hmmmm ...
Lavender_Violet replied at 22-7-2022 09:25 AM
Sepatutnya watak ni bagi pada Zaidi Omar
Menjadi hokay masa dia berlakon jd pedophile dlm drama yg d ...
nadie90 replied at 22-7-2022 05:41 PM
Ceq pnh tgk drama Azri Iskandar bw wtk pedophile ni....karakter begini buat ceq trauma skit nak tgk. ...
cikgojesss replied at 23-7-2022 08:20 PM
nah untuk cuols..
ADVERTISEMENT